nuff said

Thursday, 14 February 2013

Abah dan IJN

Assalamualaikum wbt....

1.   Agak lama tak update blog. Busy sangat lately ni.

2.   Susah hati & takde mood nak update sebelum ni sebab masalah kesihatan abah.

3.   Abah mmg dah lama ada masalah jantung. Kalau tak silap aku, sejak umur aku 18 tahun.

4.   Abah mmg heavy smoker dulu. Selepas pelbagai usaha oleh keluarga dan nasihat drpd doctor akhirnya abah berjaya berhenti merokok.

5.   Selama ni, abah just ambil ubat cair darah. Supaya peredaran darah berjalan lancar pada jantung.

6.   Banyak makanan yang abah kena pantang. Especially sayur hijau (Vitamin K) kerana sayur hijau ni memekatkan darah.

7.   Tapi warfarin(cair darah) bukanlah yang terbaik. Selepas abah kena heart attack dan dihantar ke Hospital Kajang, barulah doctor di Kajang recommend abah refer to IJN.

8.   bla..bla..bla.. abah digalakkan untuk buat bypass. sebab jantung abah ada 3 blockage & thru balloon tak boleh diatasi.

9.   Pada 28 Jan 2013, abah admitted to IJN. Bypass kena buat pada 30 Jan 2013.

10.  Tetapi~~!!!! Bypass tak dapat dilakukan kerana berlaku komplikasi yang agak serius!!!

11.  Abah discharge & now rest at home. Bypass postpone ke March 2013 (Unknown date)

12.  Tolong doakan keselamatan abah. thank u all
Post a Comment