nuff said

Tuesday, 24 September 2013

Nak minta tolong sikit boleh tak?

Assalamualaikum sahabat-sahabatku…
Nak minta tolong sikit boleh tak?


Tolong ingatkan saya, Andai saya terlupakan tuhan,Dalam kelapangan dan kesibukan,Dalam kesenangan dan kesusahan.

Tolong ingatkan saya,Jangan jadi anak derhaka,Mak ayah dilupakan jangan,Usah diluka hati dan perasaan.

Tolong ingatkan saya,Dengarlan dan bacalah Al-Quran, Tika radio penuh hiburan,Tika tv penuh Hindustan.

Tolong ingatkan saya,Di mana silamnya zahirku,Jika aurat didedahkan disingkat, Diketat dan dijarangkan.

Tolong ingatkan saya,Jadilah sahabat yang baik,Sentiasa memberi peringatan,Sentiasa menerima teguran.

Tolong ingatkan saya,Kalau bercinta biarlah keranaNya,Dalam memilih utamakan iman,Kelak ikatan dihindari syaitan.

Tolong ingatkan saya,Hidup ini satu kembara,Kutiplah mutiara dalam perjalanan,Moga di sana menjadi bekalan.

Tolong ingatkan saya,Diri ini milik Yang Kuasa kepadaNya,Jiwa diserahkan segala-segala,Dialah tumpuan.

Tolong ye ingatkan saya..


FWD : ILUVISLAM
Post a Comment