nuff said

Monday, 23 September 2013

SK Bukit Tinggi - Kem Unit Beruniform yang awesome~~!!



Bismillahirahmanirrahim..

Selamat Pagi dan moga2 hari Isnin yang suram ni akan menjadi hari pembuka yang baik untuk minggu ini.

Alhamdulillah.. 20-22 Sep 2013 selesai menjalani aktiviti Kem Unit Beruniform bersama adik2 dari SK Bukit Tinggi , Klang. Seramai 81 org peserta yang terdiri daripada Unit Beruniform KRS, Pengakap, Bulan Sabit Merah , dan Puteri Islam.

Mencabar sungguh pengalaman kali ini kerana aku ditugaskan untuk mengendali unit beruniform Bulan Sabit Merah. 

Bukan kerana mereka nakal atau apa tetapi aku perlu melatih mereka dalam kawad kaki kerana pada hari ahad akan berlangsungnya pertandingan kawad kaki antara badan beruniform yang terlibat.   

Rata2 mereka tak pnah berkawad but cannot blame them bcoz kawad kaki is not a major things untuk PBSM unlike Kadet .

Untuk persembahan malam kesenian pula, selepas cabutan dibuat, PBSM ditugaskan untuk mempersembahkan sebuah Koir.

Koir should be easy isn’t it? Tp dalam group yang berbilang bangsa ni susah nak cari even 1 song yang semua tahu. 

So, I came out with a song Sahabat (upin ipin) , Sahabat (najwa latiff) & Putih2 Melati (ST 12). 

Just the chorus part and adjust sket sket the lyrics agar bersesuaian dgn perkhemahan tersebut.

Walaupun PBSM tidak Berjaya memenangi kumpulan terbaik kerana tewas dengan pasukan Pengakap yang lebih mantap dari segi kawad kaki dan kerjasama kumpulan tetapi aku tidak kecewa kerana aku tahu PBSM dah cuba sehabis baik. 

Walaupun mereka budak sekolah rendah lagi tapi minat mereka untuk menuntut ilmu sangat jelas dan aku bersyukur menjadi Fasilitator kumpulan mereka.

Moga2 adik2 SK Bukit Tinggi, Klang terus maju dan Berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.
Post a Comment