nuff said

Tuesday, 12 November 2013

Lupa Beli Tiket - kene marah mcm buat jenayah



Bismillahirahmanirahim dan gud morning ya all~~

 Salam hari selasa~~
Ni.. nk berkongsi satu cerita ni yg baru berlaku pagi tadi di KL Sentral . ni tak bekfast lagi taww..

Nak citer dulu baru ada selera nak makan.

Hmm.. kenapa ye masyarakat kita ni suke sgt double standard & berlagak samseng?

Lebih2 lagi dengan golongan yg lemah.. paling tak suke org yg mcm ni.

Tadi ada satu insiden dimana ada seorang mamat bangla ni.. xtau la bangla ke apa tapi muka ala2 india + arab lah.. berpakaian agak serabailah.. dia gagal menunjukkan tiket yg sah semasa turun di stesen KL Sentral.. lepas tu terus kene marah ngan pegawai KTM tu dikhalayak ramai… depan penumpang2 yg lain.

Ada plak polis bantuan wanita ni join sekaki memarahi mamat bangla tersebut.. boleh plak dia kata “byk canteekk muka ko~~!!” I was like.. what the *&^%^!!

Adakah kata2 itu patut keluar drpd mulut seorang polis?

KTM ni takde etika ke dalam berurusan dengan orang yg gagal menunjukkan tiket yg sah?

Mmg semua sedia maklum akan dikenakan denda. 

So just bawaklah mamat tu ke tepi or kaunter dan terangkan pada dia elok2 denda yang dicas kan kpd dia.

I mean like.. dia tu org luar.. tgk pun tau.. negara dia mungkin dia x berpeluang nk naik tren. So, dia mesti melakukan kesilapan yang mmg tak disengajakan.even org kita sendiri pun pnah tersalah tunjuk tiket.

Boleh je jadi stesen KTM yang mamat bangla tadi naik tu pun x ketat kemasukkannya sampai ada yg terlepas.
Kesian tgk muka dia kene marah tadi.. agaknya kalau omputih yg mcm tu kene marah tak?

Just becoz dia bangla/indon/bangsa yg berkulit gelap doesn’t mean mereka xde hak untuk dihormati.

Kita ni drpd negara maju dan bertamadun, so kita patut tunjuk contoh yang baik.

Tadi rasa nk tegur je sikap polis dan pegawai tadi.. 
but im sooo rushing..

insyaAllah nanti nk tulis email kepada KTM untk segera atasi masalah sikap ni.

Orang lupa beli tiket je kot.. dh kene marah mcm bunuh org.. mcm melakukan jenayah besar plak.

So, harap2 kita semua muhasabah diri kita semula.

Org melayu mcm kita ni pun ada je yg pandang hina . 

so, kita patut tahu betapa sedihnya bila kita dipandang rendah kerana bergelar melayu… so why nk layan bangsa lain pun mcm tu..

Thanks for reading… sorry coz emo…

 I cant tolerate discrimination. :)
Post a Comment