nuff said

Sunday, 24 November 2013

Surprised Bday for my dear friend

Assalamualaikum & Salam Hari Ahad kepada semua bloggers yang sudi berkunjung ke blog sy yg biasa2 saja...

alhamdulillah, bersyukur ke-hadrat Ilahi kerana masih dihidupkan oleh-NYA untuk terus beribadat dan membuktikan kasih suci cinta kita pada-NYA.. amin..

Jom berselawat keatas rasul junjungan , Nabi Muhammmad SAW.. Insan Teragung.

Hari ni sy baru selesai menguruskan adik2 drpd IKRAM. Tapi hari ni sy bukan nak berkongsi cerita mengenai aktiviti2 yang dijalankan bersama mereka tetapi saya ingin berkongsi pengalaman menyambut bday kawan baik sy yang terkenal ngan gelaran ain kecik.

seperti ada yg sedia maklum bahawa sy ni suke buat surprise bday party. boleh rajinkan diri cari di post2 yg lama.. :) & dia digelar ain kecik kerana sy pun bernama ain jadi dia digelar kecik sbb dia lebih kecik drpd sy.

pada 20th November 2013, sy dan kawan2 (Nurul,Anis,Dayah,Ika,June,Osman) dah plan akan berkumpul di Kenny Rogers Sunway Pyramid. Sy siap berpakat dgn adik Ain Kecik, si Hawa ni.

pukul 8.30 malam sharp, Hawa bawak Ain Kecik dalam restaurant tersebut dan kami muncul drpd belakang terus jerit "Surpriseeee!!!!" & menyanyikan lagu Happy Birthday & Allah Selamatkan Kamu...

ternyata plan yg dirancang selama sebulan menjadi. Alhamdulillah.

yg paling special,, sy minta semua kawan2 terapat kami untuk mengambil gambar masing2 dengan memegang huruf yg dipilih & sy cantumkan agar menjadi perkataan "Happy Birthday Ain" 

Selesai makan , kami ke ruang depan Hotel di Sunway Pyramid untuk bergambar. Kami x stay lama pun dalam 10 lebih dh balik sebab masing2 bekerja keesokan harinya..

kepada Ain Kecik, semoga kamu sentiasa dalam lindungan Allah dan happy selalu. Thanks sbb jadi kawan yang terbaik kpd kami.. u r the best.. love u so much.. ^___^

ni antara gambar2 yg sempat diambil untuk perkongsian semua...













Post a Comment