nuff said

Tuesday, 31 December 2013

"ikhlas" itu seperti surah al-ikhlas.. langsung tiada perkataan ikhlas dalam surah tersebut. (unknown)

Assalamualaikum wbt dan Salam Hari Selasa..

semoga ceria2 selalu dan ingatlah bahawa diri anda disayangi dan dikasihi. tapi andai ada yg membenci.. just remember that kasih sayang Allah pada hamba-NYA tidak pnah luput & lupus.

allow me to share, komik ringkas tapi padat dengan pengajaran. berkenaan ikhlas.

kita semua tahu kan kalau kita buat baik atas niat kerana Allah swt dan mengharapkan keredhaan DIA semata2.. insyaAllah besar ganjaran pahalanya.

tapi andai kata kebaikan yg dilakukan mengharapkan pujian manusia semata2.. sia-sialah amalan kita.. 

sebab tu kita kene sentiasa mendoakan agar Allah lindungi hati kita drpd rasa riak sombong bongkak takbur dan mcm2 lagi supaya hati ini sentiasa bersih dan tenang apabila melakukan ibadah2 harian.


remember..

"ikhlas" itu seperti surah al-ikhlas.. langsung tiada perkataan ikhlas dalam surah tersebut.." (unknown)

Lillahitaala..

thanks for reading

assalammualaikum..   ^___^

Friday, 27 December 2013

Come on , we all need Allah

Assalamualaikum & Salam Jumaat.

sehebat mana pun kita, kita pasti perlukan Sang Pencipta.

depan orang kita boleh tunjuk lagak seolah2 kita hebat tanpa sesiapa.

tapi dalam hati, kita sendiri tak dpt nk menafikan bahawa kita perlukan DIA.

Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Tanpa cinta daripada-NYA, jiwa kosong tidak bahagia.


Thursday, 26 December 2013

47 Ronin - Pahlawan Jepun (Must Watch)



Bismillahirahmanirahim~~

Assalamualaikum semua… back to work! 

Setelah seharian cuti semalam.. rasa mcm hari isnin plak hari ni.. padahal khamis ye.. esok jumaat..pastuh cuti lagi.. weehooo~~ mood akhir tahun.. xde mood nk bekerja.. ohhh sungguh pemikiran yang tak sihat..

Ok.. sy sgt sgt x sabar nk berkongsi cerita ni.. 

Semalam saya sangat emosi selepas selesai menonton 47 RONIN di Alamanda.

Pada saya cerita tu sangat sangat menarik dan wajib ditonton oleh semua golongan masyarakat.


 Berdasarkan kisah benar disebuah Empayar Zaman Jepun dahulu . Kisah menuntut keadilan diatas kematian Tuan AKO yang dianggap tidak adil kerana Tuan AKO disihir sewaktu beliau melakukan jenayah yang tidak disengajakan.

Kai (Keanu Reeves) , Samurai Oishi dan beberapa samurai yang lain berkumpul untuk menuntut bela diatas kematian tuan mereka.   

Cerita ini menunjukkan betapa susahnya hidup mereka setelah tuan mereka dihukum mati secara terhormat (kamikaze) . 

Samurai2 ini digelar Ronin kerana mereka tidak bertuan dan dibuang daerah oleh pihak jahat. Oishi pula dikurung dibawah tanah selama setahun manakala Kai dijadikan hamba di pelabuhan perkapalan.

Apabila Oishi dibebaskan , dia mengumpulkan kesemua samurai2 yang pernah diusir termasuk Kai. Strategi perlawanan ketenteraan yang sangat menarik. Terlalu banyak unsur2 pengajaran dalam cerita ni. Kesetiaan , hormat menghormati, pegang pada janji , amanah dan setiakawan.

Bagi orang jepun, kematian secara kamikaze adalah yang terhormat. Ala-ala jihad lah. Dimana bagi kepercayaan mereka kompem syurga lah. & mereka tahu tindakan mereka menuntut bela ni akan membawa mereka ke tali gantung. Tapi mereka nekad untk menegakkan keadilan.

Part yang paling sedih apabila sehari sebelum mereka mahu menyerang untuk merampas kembali AKO. Masing2 menuliskan nama masing2 agar diperingati jasa mereka berjuang untuk rakyat2 AKO. 

& as always… yang baik pasti menang.. mereka berjaya menawan AKO kembali dengan membunuh pihak2 yang jahat.

Apabila urusan mereka selesai.. mereka menyerah diri kepada Ketua Samurai (Shogun) untuk menerima balasan dan hukuman . memandangkan mereka yg 47 orang ni merupakan Samurai, mereka diberi pengiktirafan untuk mati bunuh diri (Kamikaze) seperti yang mereka idamkan.

Tamat~~

So, kenapa saya sgt emosi? 

Sebab melalui cerita ni org2 jepun yang dok kat AKO sekarang ni akan lebih buka mata dan menghargai pahlawan2 yang berjuang sehingga membawa kesenangan pada mereka sekarang ni.

Seperti pejuang2 tanah melayu kita Dol Said, Rentap, Hj Abd Rahman Limbong, Maharajalela , mereka berjuang demi penduduk di Tanah Melayu. 

Tapi sadly ada anak2 muda yang don’t even bother to know them & tak peduli pun nk menghargai mereka  sedangkan mereka ni lah yg berjuang untuk nasib kita sehingga kita mendapat kesenangan yg dinikmati sekarang ni.

Serius.. cerita 47 Ronin sangat best.. must watch ok.. 

100 bintangs~

Monday, 23 December 2013

Kerasnya hati seorang Ibu



Assalamualaikum wbt & howdy ya all~

Perkongsian ke-2 hari ini.. moga2 membawa manfaat pd yg membaca.

Selalunya hati seorang ibu itu lembut.. dan sgt syg pada anak2nya.

Tak kisahlah brp kali anaknya buat salah.. hati seorang ibu lah yg pertama dengan rela hati memaafkan anaknya.

Tapi berbeza dengan seorang ibu yang sy tak kenal ni.

Pendek citer, sy ada seorang kawan yg bertugas sbg Pegawai Kebajikan Masyarakat. 

Tugasnya mmg mengendalikan budak2 bermasalah yang ditempatkan di rumah/sekolah pemulihan.

Satu hari, bulan puasa 3 tahun lepas. Sy menerima panggilan telefon drpdnya. Dan dia menangis.

Sy pelik,, np dia ni nangis.. bila di korek2 rupanya dia sedih apabila seorang ibu enggan menerima anaknya semula.

Aliff (bukan nama sebenar) merupakan budak bermasalah. Berumur dalam 15 tahun asal Kelantan tapi ditempatkan di sekolah pemulihan di Pahang.

Aliff dah beberapa tahun tak balik rumah beraya tetapi pada tahun tersebut dia mendapat pelepasan untk beraya di rumah bersama keluarga kerana Aliff menunjukkan kelakuan yg sgt baik.

Aliff mmg dh x sabar untk bertemu ibu bapanya. Rindu yg dia tanggung tak dpt digambar dgn kata2.

Kawan saya dengan senang hati memaklumkan pada keluarga Aliff ttg berita gembira tersebut.

Tetapi, keesokan harinya, kawan sy di datangi bapa Aliff seorang diri. & bapa Aliff meminta agar pelepasan Aliff ditarik semula.
 
Bapanya tidak mahu anaknya itu pulang beraya di rumah.

Kawan sy terkejut dan bertanya kenapa? 

Tidak sangka, menitis air mata seorang lelaki bernama ayah .
Kata ayah Aliff, dia mmg sgt rindu anaknya.. dia mmg nak sangat bertemu anaknya. 

Tetapi apakan daya.. isterinya iaitu ibu kandung Aliff enggan menerima kepulangan anak mereka.
 
Dia bergaduh dgn isterinya dan akhirnya dia akur dgn permintaan isterinya untuk tidak membawa pulang Aliff untuk beraya bersama mereka.

Kata bapa Aliff, dia sendiri akan pergi melawat Aliff tetapi tolong jgn bagitahu isterinya.

Kawan sy tergamam.

Kesalahan yg Aliff lakukan tidak ada kene mengena dgn ibunya.

Mengapa seorang ibu yang mengandungkan aliff selama 9 bulan enggan menerima kepulangan anaknya walaupun hanya untuk seminggu sahaja.

Tidakkah dia rindu untk menatap wajah anaknya yg masih muda remaja itu?

Bukankah hati seorang ibu itu lebih lembut drpd seorang lelaki bergelar ayah?

Bagaimana Aliff ingin berubah apabila dia tidak peroleh sokongan keluarga?

Apabila Aliff keluar drpd sekolah pemulihan itu, ke mana hala tujunya?

Kawan saya akur dgn keputusan bapa Aliff.

Kawan sy menguatkan diri untk memaklumkan perkara tersebut kpd Aliff.

& dia memaklumkan dia perlu beritahu perkara sebenar kepada Aliff kerana procedure mesti telus.

Hmm.. sekarang dah 3 tahun berlalu..

Xtau apa jadi ngan Aliff.

No komen pada ibunya.

hijrah bukan sekali, tetapi berkali-kali

Bismillahirahmanirahim~


Assalamualaikum wbt dan Salam Hari Isnin..


Alhamdulillah,, syukur kerana kita masih dipinjamkan udara dan segala pancaindera untuk kita menikmati segala nikmat yang Allah berikan pada kita.. Amin ya Rabb.. sesungguhnya DIA Maha Penyayang dan Maha Mengasihani.


Jom berselawat keatas Rasul Junjungan Nabi Muhammad SAW moga2 kita diantara umatnya yg layak menerima syafaat daripada baginda. InsyaAllah.


Hari ni nak menceritakan tentang kasih sayang Allah.


Kasih sayang Allah sangatlah hebat kepada kita hambaNYA.


Walau mcm mana pun kita diduga dengan kesusahan, DIA tidak pernah sesaat pun meninggalkan kita.


Alhamdulillah.. sy salah seorang hamba-NYA yang sering diuji dan diduga.


Diuji dengan kesusahan hidup.. diuji dengan kekurangan harta dan ilmu agama.


Rata2 rakan2 sebaya sy yg mengalami senasib dgn saya, sudah tersesat jauh.


Ujian yang melanda mereka menyebabkan mereka semakin jauh drpd agama.


Sy doakan rakan2 sy kembali ke pangkal jalan dan meninggalkan dunia maksiat.


Sy bukanlah seorang yg ilmu agama tebal didada..


Tetapi, Kasih sayang Allah yang Maha Hebat.. DIA menganugerahkan keluarga yang penyayang dan

Kawan2 yang sejati.


Setiap kali sy jatuh.. didepan sy pasti ada pintu penyelesaian.


Samada sy mahu membuka pintu tersebut dan move on.. atau terus rebah menyalahkan nasib.



Jika dilihat diri ini 10 tahun yg lepas dan diri ini yang sekarang..

Alhamdulillah… bersyukur sangat2 kerana air mata yg jatuh kerana ujian dan dugaan yang dulu membuatkan diri ini menjadi lebih baik dan lebih matang.


Moga-moga , Allah tidak menarik nikmat ini drpd sy. Terlalu byk perubahan yg perlu sy lakukan.


Tertarik dengan kata2 Abg Sham Kamikaze.. katanya “hijrah bukan sekali, tetapi berkali-kali”


Janganlah kita anggap perubahan yg kita lakukan ini sudah cukup.

Gali lah lagi ilmu agama .. selamlah lebih dalam ilmu al-quran.


Moga2 kita selamat drpd fitnah dunia dan bahagia selamanya di akhirat yang kekal selamanya.


Wassalam~ thanks for reading.

Tuesday, 17 December 2013

not much to say

Assalamualaikum wbt..

Selamat pagi , hope pagi ni smua dh bfast & bleh buat keje sebaik2nya..

hari ni, x mcm semalam.

sy xnak tulis panjang. 

just a thought to share.




Monday, 16 December 2013

Anime yang berjaya menitiskan air mata ini



Assalamualaikum dan apa khabar semua~~

Tak sangka sgt sgt sebab dh masuk pertengahan bulan december.

insyaAllah, tak lama lagi akan berakhirlah tahun 2013 dan welcome 2014.

Cepatnyer masa berlalu dan byk jugaklah benda2 bodoh yg dilakukan tahun ni.

Wish could turn back time.. but mustahil kan..

Hope tahun 2014, Allah kurniakan kebijaksanaan sket kpd sy yg kurang cerdik tahun ini.

Hari ni jalan2 kat blog org and few blogs captured my heart.. cheewahhh..

Bukan apa, sebab blog2 mereka ni ada gambar2 kartun komik/manga.

Dolu-dolu time muda remaja mmg hantu manga sket. 

Lama2 dh besar.. dah keje ni.. kurang masa ngan komik2 dan manga movies.

Well.. org yg sgt sgt mengenali diri ini,, mmg tahu yg sy ni hati kering.

Susah mau nangis punya. Tapi ada beberapa kartun/komik/manga yg berjaya buat sy nangis

Smpai tersedu2 taww..

My favret opkos top of the list cerita “Fruit Basket” 





Agagagagaga~~~ character2 dia sgttt hensemmmm dan menusuk kalbu.

My hero of course Kyo.

Cerita ni berkisarkan seorang gadis remaja bernama Tohru sebatang kara selepas kematiaan ibunya.

So, dipendekkan cerita, dia dok serumah ngan stranger yg sgt baik hati iaitu Yuki dan abang sedaranya.

Rupa2nya family ni cursed . jika bersentuhan dgn berlainan jantina mereka masing2 akan bertukar jd 12 haiwan dalam zodiak cina.

So, mereka mengharap Tohru yg baik hati, tulus,mulus,jujur ni boleh menamatkan sumpahan keluarga mereka.. sbb Kyo ni sumpahan dia teruk sket. Dia bleh jd raksasa. 

So, kalau Tohru bleh terima Kyo seadanya, alhamdulillah… hehehe.. insyaAllah.. curse itu akan terbatal..

Cerita ni panjang sgt and terlalu byk moral untk dipelajari dan diteladani.

Sumpah best!! (oopss tersumpah plak) bcoz im so excited to share.

Jadi.. dipersilakan cari CD ni ye..

Thanks for reading.. 

As-salammmmm~~