nuff said

Thursday, 26 December 2013

47 Ronin - Pahlawan Jepun (Must Watch)



Bismillahirahmanirahim~~

Assalamualaikum semua… back to work! 

Setelah seharian cuti semalam.. rasa mcm hari isnin plak hari ni.. padahal khamis ye.. esok jumaat..pastuh cuti lagi.. weehooo~~ mood akhir tahun.. xde mood nk bekerja.. ohhh sungguh pemikiran yang tak sihat..

Ok.. sy sgt sgt x sabar nk berkongsi cerita ni.. 

Semalam saya sangat emosi selepas selesai menonton 47 RONIN di Alamanda.

Pada saya cerita tu sangat sangat menarik dan wajib ditonton oleh semua golongan masyarakat.


 Berdasarkan kisah benar disebuah Empayar Zaman Jepun dahulu . Kisah menuntut keadilan diatas kematian Tuan AKO yang dianggap tidak adil kerana Tuan AKO disihir sewaktu beliau melakukan jenayah yang tidak disengajakan.

Kai (Keanu Reeves) , Samurai Oishi dan beberapa samurai yang lain berkumpul untuk menuntut bela diatas kematian tuan mereka.   

Cerita ini menunjukkan betapa susahnya hidup mereka setelah tuan mereka dihukum mati secara terhormat (kamikaze) . 

Samurai2 ini digelar Ronin kerana mereka tidak bertuan dan dibuang daerah oleh pihak jahat. Oishi pula dikurung dibawah tanah selama setahun manakala Kai dijadikan hamba di pelabuhan perkapalan.

Apabila Oishi dibebaskan , dia mengumpulkan kesemua samurai2 yang pernah diusir termasuk Kai. Strategi perlawanan ketenteraan yang sangat menarik. Terlalu banyak unsur2 pengajaran dalam cerita ni. Kesetiaan , hormat menghormati, pegang pada janji , amanah dan setiakawan.

Bagi orang jepun, kematian secara kamikaze adalah yang terhormat. Ala-ala jihad lah. Dimana bagi kepercayaan mereka kompem syurga lah. & mereka tahu tindakan mereka menuntut bela ni akan membawa mereka ke tali gantung. Tapi mereka nekad untk menegakkan keadilan.

Part yang paling sedih apabila sehari sebelum mereka mahu menyerang untuk merampas kembali AKO. Masing2 menuliskan nama masing2 agar diperingati jasa mereka berjuang untuk rakyat2 AKO. 

& as always… yang baik pasti menang.. mereka berjaya menawan AKO kembali dengan membunuh pihak2 yang jahat.

Apabila urusan mereka selesai.. mereka menyerah diri kepada Ketua Samurai (Shogun) untuk menerima balasan dan hukuman . memandangkan mereka yg 47 orang ni merupakan Samurai, mereka diberi pengiktirafan untuk mati bunuh diri (Kamikaze) seperti yang mereka idamkan.

Tamat~~

So, kenapa saya sgt emosi? 

Sebab melalui cerita ni org2 jepun yang dok kat AKO sekarang ni akan lebih buka mata dan menghargai pahlawan2 yang berjuang sehingga membawa kesenangan pada mereka sekarang ni.

Seperti pejuang2 tanah melayu kita Dol Said, Rentap, Hj Abd Rahman Limbong, Maharajalela , mereka berjuang demi penduduk di Tanah Melayu. 

Tapi sadly ada anak2 muda yang don’t even bother to know them & tak peduli pun nk menghargai mereka  sedangkan mereka ni lah yg berjuang untuk nasib kita sehingga kita mendapat kesenangan yg dinikmati sekarang ni.

Serius.. cerita 47 Ronin sangat best.. must watch ok.. 

100 bintangs~
Post a Comment