nuff said

Monday, 23 December 2013

hijrah bukan sekali, tetapi berkali-kali

Bismillahirahmanirahim~


Assalamualaikum wbt dan Salam Hari Isnin..


Alhamdulillah,, syukur kerana kita masih dipinjamkan udara dan segala pancaindera untuk kita menikmati segala nikmat yang Allah berikan pada kita.. Amin ya Rabb.. sesungguhnya DIA Maha Penyayang dan Maha Mengasihani.


Jom berselawat keatas Rasul Junjungan Nabi Muhammad SAW moga2 kita diantara umatnya yg layak menerima syafaat daripada baginda. InsyaAllah.


Hari ni nak menceritakan tentang kasih sayang Allah.


Kasih sayang Allah sangatlah hebat kepada kita hambaNYA.


Walau mcm mana pun kita diduga dengan kesusahan, DIA tidak pernah sesaat pun meninggalkan kita.


Alhamdulillah.. sy salah seorang hamba-NYA yang sering diuji dan diduga.


Diuji dengan kesusahan hidup.. diuji dengan kekurangan harta dan ilmu agama.


Rata2 rakan2 sebaya sy yg mengalami senasib dgn saya, sudah tersesat jauh.


Ujian yang melanda mereka menyebabkan mereka semakin jauh drpd agama.


Sy doakan rakan2 sy kembali ke pangkal jalan dan meninggalkan dunia maksiat.


Sy bukanlah seorang yg ilmu agama tebal didada..


Tetapi, Kasih sayang Allah yang Maha Hebat.. DIA menganugerahkan keluarga yang penyayang dan

Kawan2 yang sejati.


Setiap kali sy jatuh.. didepan sy pasti ada pintu penyelesaian.


Samada sy mahu membuka pintu tersebut dan move on.. atau terus rebah menyalahkan nasib.



Jika dilihat diri ini 10 tahun yg lepas dan diri ini yang sekarang..

Alhamdulillah… bersyukur sangat2 kerana air mata yg jatuh kerana ujian dan dugaan yang dulu membuatkan diri ini menjadi lebih baik dan lebih matang.


Moga-moga , Allah tidak menarik nikmat ini drpd sy. Terlalu byk perubahan yg perlu sy lakukan.


Tertarik dengan kata2 Abg Sham Kamikaze.. katanya “hijrah bukan sekali, tetapi berkali-kali”


Janganlah kita anggap perubahan yg kita lakukan ini sudah cukup.

Gali lah lagi ilmu agama .. selamlah lebih dalam ilmu al-quran.


Moga2 kita selamat drpd fitnah dunia dan bahagia selamanya di akhirat yang kekal selamanya.


Wassalam~ thanks for reading.
Post a Comment