nuff said

Monday, 23 December 2013

Kerasnya hati seorang Ibu



Assalamualaikum wbt & howdy ya all~

Perkongsian ke-2 hari ini.. moga2 membawa manfaat pd yg membaca.

Selalunya hati seorang ibu itu lembut.. dan sgt syg pada anak2nya.

Tak kisahlah brp kali anaknya buat salah.. hati seorang ibu lah yg pertama dengan rela hati memaafkan anaknya.

Tapi berbeza dengan seorang ibu yang sy tak kenal ni.

Pendek citer, sy ada seorang kawan yg bertugas sbg Pegawai Kebajikan Masyarakat. 

Tugasnya mmg mengendalikan budak2 bermasalah yang ditempatkan di rumah/sekolah pemulihan.

Satu hari, bulan puasa 3 tahun lepas. Sy menerima panggilan telefon drpdnya. Dan dia menangis.

Sy pelik,, np dia ni nangis.. bila di korek2 rupanya dia sedih apabila seorang ibu enggan menerima anaknya semula.

Aliff (bukan nama sebenar) merupakan budak bermasalah. Berumur dalam 15 tahun asal Kelantan tapi ditempatkan di sekolah pemulihan di Pahang.

Aliff dah beberapa tahun tak balik rumah beraya tetapi pada tahun tersebut dia mendapat pelepasan untk beraya di rumah bersama keluarga kerana Aliff menunjukkan kelakuan yg sgt baik.

Aliff mmg dh x sabar untk bertemu ibu bapanya. Rindu yg dia tanggung tak dpt digambar dgn kata2.

Kawan saya dengan senang hati memaklumkan pada keluarga Aliff ttg berita gembira tersebut.

Tetapi, keesokan harinya, kawan sy di datangi bapa Aliff seorang diri. & bapa Aliff meminta agar pelepasan Aliff ditarik semula.
 
Bapanya tidak mahu anaknya itu pulang beraya di rumah.

Kawan sy terkejut dan bertanya kenapa? 

Tidak sangka, menitis air mata seorang lelaki bernama ayah .
Kata ayah Aliff, dia mmg sgt rindu anaknya.. dia mmg nak sangat bertemu anaknya. 

Tetapi apakan daya.. isterinya iaitu ibu kandung Aliff enggan menerima kepulangan anak mereka.
 
Dia bergaduh dgn isterinya dan akhirnya dia akur dgn permintaan isterinya untuk tidak membawa pulang Aliff untuk beraya bersama mereka.

Kata bapa Aliff, dia sendiri akan pergi melawat Aliff tetapi tolong jgn bagitahu isterinya.

Kawan sy tergamam.

Kesalahan yg Aliff lakukan tidak ada kene mengena dgn ibunya.

Mengapa seorang ibu yang mengandungkan aliff selama 9 bulan enggan menerima kepulangan anaknya walaupun hanya untuk seminggu sahaja.

Tidakkah dia rindu untk menatap wajah anaknya yg masih muda remaja itu?

Bukankah hati seorang ibu itu lebih lembut drpd seorang lelaki bergelar ayah?

Bagaimana Aliff ingin berubah apabila dia tidak peroleh sokongan keluarga?

Apabila Aliff keluar drpd sekolah pemulihan itu, ke mana hala tujunya?

Kawan saya akur dgn keputusan bapa Aliff.

Kawan sy menguatkan diri untk memaklumkan perkara tersebut kpd Aliff.

& dia memaklumkan dia perlu beritahu perkara sebenar kepada Aliff kerana procedure mesti telus.

Hmm.. sekarang dah 3 tahun berlalu..

Xtau apa jadi ngan Aliff.

No komen pada ibunya.
Post a Comment