nuff said

Tuesday, 28 January 2014

Patut ke tak patut guru menghukum pelajar?



Bismilahirahmanirahim.. Assalamualaikum semua.. 

Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk bernafas dan dikurniakan kesihatan yang baik dan marilah berselawat ke atas Rasul junjungan Nabi Muhammad saw moga2 kita antara umatnya yang bertuah untuk memiliki syafaat daripada Baginda kelak.. insyaAllah..

Pernah tak korang kene denda dengan cikgu? Samada kesalahan melakukan masalah disiplin ataupun kerana tidak membuat kerja sekolah… dan apakah bentuk denda dan hukuman yang dikenakan oleh cikgu korang dulu?

Sy adalah salah seorang pelajar yg kerap didenda oleh guru dahulu. Tetapi, walau seteruk mana pun sy kene, sy takkan sesekali mengadu pada abah dan mama.. ntah lah.. xtau kenapa x ngadu dulu.. maybe sbb lepas je kene denda/hukuman, sy terus melupakannya dan tak ambil peduli pun. Maybe sebab tu sy xde benci mana2 guru.. sy tak berdendam.. tak tahu kenapa time tu baik sangat.. hehe..

Alah.. denda kene berdiri atas kerusi tu tak payah cakap lah.. banyak kali.. mcm dh xde perasaan..
Kene berdiri luar kelas berjam-jam lamanya pun xde hal..

Tapi diantara denda yang sy tak boleh lupakan adalah ketika saya darjah 3..  dimana ketika itu sy lupa nak bawak buku teks bahasa melayu.. bukan saya je lupa, ramai yg lupa.. ada lah dlm 5-6 org kot x bawak. Tapi masing2 keluarkan buku lain konon2 tu buku teks bahasa melayu untuk mengaburi mata cikgu. 

Saya plak ketika tu jujur lah plak.. tak keluarkan buku pun.. sbb dh x bwk, buat apa nk tipu kuarkan buku lain.. akibatnya , sy didenda berdiri di luar kelas.. bukan kene denda je, siap kene kutuk ngan cikgu macam2… padahal ada je member lain yg x bawak, tapi sy x kantoikan mereka.. 




Kemudian, denda yg lain plak masa sy darjah 2 kot.. sy lupa bawak buku music.. apa lagi.. cikgu suruh susun 10 jari atas meja dan diketuknya jari jemari sy dgn pembaris kayu yg panjang… perrghh.. rasanya mmg mengancam.. sakit gilerr… menangis sikit lah.. tp lepas kawan ajak main terus lupa sakit tu..

Syukur, alhamdulillah.. selepas kejadian2 tu membuatkan sy jd insan yg lebih baik.. lebih hormat dan takut pd cikgu.. nak bg jawapan bodoh ngan cikgu pun takut x mcm budak2 zaman skang yg loya buruk bukan main..  bak kata abah saya,, sekolah skang tusyen smpai ke petang.. tapi bebudak x jugak pandai2. 

Kenapa ye?

U all mcm ne?

Mesti pnah kene denda gak kan?

Sudilah berkongsi pengalaman.. 

Thanks for reading ^___^
Post a Comment