nuff said

Thursday, 6 February 2014

Abah, please berhenti merokok



Abah seorang perokok tegar.


Rokok dikenali olehnya sejak zaman muda remaja lagi..


Walaupun dinasihati dan ditegur.. ibarat asap rokok  yg ditiup angin..


Tidak dimakan teguran tersebut, malah kita pula dimarahi olehnya.


Tapi tu semua dulu.. Alhamdulillah.. hampir 10 tahun abah sudah berhenti merokok..


Jika tak kerana jantung abah yang sudah rosak dan amaran keras drpd doctor..


Pasti, abah masih lagi menjadi pecinta rokok..


Tetapi, bukan mudah untuk abah berhenti begitu saja..


Saya masih ingat ketika saya menuntut di sebuah kolej..


Abah kerap jatuh sakit dan memerlukan perhatian dan jagaan di rumah..


Saya dan kakak bergilir2 menjaga abah.. abah tak boleh dibiarkan keseorangan walaupun sesaat. Jadi kami adik beradik mengambil giliran untuk tidur dan rehat setiap 3 jam.


Ketika itu, kakak sudah bekerja..


Ada kala saya perlu ponteng kelas kerana perlu berada dirumah untuk menjaga abah..


Al maklumlah, kami dua beradik sahaja...


Apabila abah kembali sembuh sedikit, abah kembali menghisap rokok..

Ketika tu perasaan kecewa dan kesal tak dpt dibendung lagi..


Mana tak nya, pointer jatuh dan dapat 1st warning letter drpd kolej kerana rekod kehadiran yang teruk semata2 kerana mahu menjaga abah..  sy x merungut.. itu sudah jadi tanggungjawab sy sbg anak..


Apabila Nampak abah menghidupkan api pada rokok, bermulalah perang dialog seorang anak dan seorang ayah..


Saya       : abah, please berhenti merokok.. tak baik untuk kesihatan...


Abah     : who are you to tell me what to do? (nada kemarahan)


Saya       : Im your daughter.. i love you and i care for you.. bila abah 
sakit, org n kakak yg jaga abah..         bukan rokok tu yg jaga abah..! (sy menjawab dgn penuh kekesalan)


Abah     : susah nk berhenti... (abah menjawab setelah lama mendiamkan diri)


Saya       : i don’t care if you want to call me anak derhaka.. but if i saw you with rokok.. depan abah,         adik campak rokok tu keluar tingkap.. i mean it.. and don’t make me do it. (saya luahkan      perasaan yg dah lama terpendam.. )



Selepas hari tu, tak sangka abah take serious apa yg saya katakan.. mmg abah tak sentuh rokok langsung... tapi penyakit jantung abah tak boleh diperbaiki hanya boleh di monitor dan improve quality of life..


Apabila keadaan jantung abah semakin teruk, abah di ward kan di hospital.. ketika itu kakak bekerja di Kelantan dan hanya sy dan abah sahaja di KL.


Agak sukar untuk saya menemani abah sepanjang masa di hospital kerana sy bekerja.. 


Sy hanya melawat abah ketika waktu lunch dan ketika balik kerja dan berlarutan begitu selama sebulan...


Ada satu kejadian yang takkan sy lupakan... dimana satu hari sy melawat abah pada waktu tghari..


Abah kelihatan ok.. sy suapkan abah minum dan makan.. cium pipi abah dan kembali untuk bekerja..


Sempat saya katakan pada abah bahawa sy akan datang balik pada waktu sesi melawat petang.


Pada pukul 4 petang sy terima panggilan drpd hospital meminta saya datang ke hospital segera.


Apabila saya smpai, badan abah dipenuhi darah.. rupa2nya abah muntah darah kerana darah abah terlalu cair.. 


Ramai doctor mengelilingi abah Cuba menyelamatkan abah..


Saya hnya berdiri kaku melihat abah diperlakukan sebegitu..


Abah dalam keadaan sedar.. tetapi dia tak mampu berbuat apa2 kerana darah yang sentiasa keluar drpd mulut dan hidungnya.. dan hidup2 doctor2 tersebut memasukkan segala jenis gadjet untuk menyelamatkan abah..


Saya yakin.. dan saya pasti.. saya Nampak air mata abah mengalir keluar ke pipi... apabila Nampak abah menangis.. baru lah sy burst into tears yg dh lama bergenang kerana ditahan..


Ketika tu mmg rasa akan kehilangan abah.. ketika itu juga.. segala doa ditaburkan kepada Allah untuk beri yang terbaik kpd abah... denyutan nadi abah berhenti selama 6 saat...


Apabila doctor menggunakan kejutan electric tersebut baru nadi abah bergerak semula..


Kakak bergegas pulang drpd Kelantan dgn mengambil flight terawal.

Apabila kakak tiba, kami hanya mampu menangis dalam pelukan masing2..


Dan selama abah dalam ward ICU dan dalam keadaan tak sedarkan diri..


Saya dan kakak bermalam di hospital selama 2 minggu..

Ketika itu mcm2 perasaan kesal muncul..


Menyesal kerana pernah tertinggikan suara pada abah..


Menyesal sbb pnah melengah2kan permintaan abah..


Segala2 perasaan ada ketika itu..


Ketika abah dalam keadaan koma.. kami sering bisikkan kata2 semangat dan sayang pada abah..


Ketika itu juga saya risau.. kerana sy pnah dgr bahawa org yg dalam keadaan nazak/coma akan didatangi syaitan yg cuba menghasut untuk sesat..


Saya takut sgt memikirnya ketika itu dan dgn izin nurse, kami pasang mp3 ayat2 suci Al-Quran didalam bilik tersebut..


Berkat hasil doa orang ramai dan doa2 amalan yang digalakkan dibaca spt doa nabi Ayub a.s , Alhamdulillah... abah sedar drpd coma...


Bersyukur sangat2 sebab Allah beri peluang kedua kpd abah... dan beberapa hari kemudian, abah dibenarkan pulang..


Semua ini berlaku pada tahun 2011.


Pada 2013, abah disarankan untuk membuat bypass di IJN.


Kerana jantung abah masih lemah... darah sangat cair.. dan terdapat 3 saluran jantung yg tersumbat.


Kami sangkakan, semuanya baik2 sahaja..


Abah masuk bilik operation pada jam 10 pagi.. dan dijangka selesai pukul 6 petang.


Tetapi operation itu gagal dilaksanakan kerana apabila abah dibius.. abah muntah lagi dan sisa muntah tersebut telah memasuki saluran paru2 dan membuatkan tekanan darah abah menjadi sangat sangat tinggi..


Doctor mengatakan risiko untuk mati sangat tinggi kerana terlalu byk asid muntah memasuki paru-paru abah..


Subhanallah.. begitu hebat Allah menguji kami adik beradik..


Malam tu tak boleh tidur... peluk baju yang abah pakai dan merayu kpd Allah agar permudahkan segala urusan...


Setelah 5 hari abah dalam keadaan tidak sedarkan diri, akhirnya abah kembali sedar.. Alhamdulillah.. abah sangat kuat semangat untuk melawan segala kesakitannya dan Allah Maha Kaya kerana memberi peluang ke-3 untuk abah bersama kami..


Setelah berehat beberapa bulan.. akhirnya operation bypass itu Berjaya dan kini abah dalam keadaan terkawal.. cuma kene pergi medical check up every month..


Bahana merokok, merosakkan jiwa dan raga ahli keluarga yang tercinta..


Please stop smoking.. don’t let ur family suffers..
Post a Comment