nuff said

Monday, 3 February 2014

Happy Weekend : Pasembor + ABC + MCKK + old books

Assalamualaikum dan selamat hari wilayah kpd semua warga kota~~
 
Tak sangka cepat masa berlalu dan esok dah kene kembali untuk bertugas..

Lepas ni dah xde public holiday smpai lah bulan 5...

Sedihnyerr...

U all cuti raya cina ni pergi mana?

Mesti ada yg balik kampung , melancong dan ada jugak yg duduk rumah je kot n berehat..

Walau apa pun aktiviti yg dilakukan sepanjang cuti ni, mudah-mudahan masa diisi bersama keluarga tercinta...

Alhamdulillah.. saya selamat tiba daripada Perak pagi tadi.. memula plan nk gerak semalam..

Tapi dgr citer jem teruk , jadi niat dibatalkan dan gerak pagi tadi dlm pukul 7.30 pagi dh smpai pintu pagar umah around 10.30 pagi..

Jalan raya lancar walaupun byk jugak kereta yg pulang ke ibukota..

Hmm.. balik kampung di Padang Assam , Kuala Kangsar Perak ni byk benor aktiviti nya.

Dgn suasana yg nyaman tapi agak panas sikit lah lebih2 lagi waktu siang.. kalau malam tu sejuk sangat...

Kalau balik kampung tak sah kalau tak pekena Pasembor dan ABC di lembah.

Mmg ramai org ke sana semata2 nk makan pasembor,laksa, ABC dan cendol.


Mmg sedap sangat...

Kemudian, jalan2 pusing2 Pekan Kuala... mesti lalu depan Malay College Kuala Kangsar (MCKK) , one of the oldest school in Malaysia...


MCKK ni sekolah berasrama penuh dan semua pelajarnya melayu lelaki sahaja.

Tuk saya, bapak saya dan pakcik2 saya merupakan old boys di MCKK.. setiap tahun pasti ada old boys weekend.. mmg tak sangka ukhwah mereka ni sgt hebat.. dah tua , beruban, bercucu dan bercicit masih lagi dtg ke sekolah tersebut setiap tahun untk berjumpa kawan2 lama.. so sweet..

And for the 1st time menjejakkan kaki di Pavilion Kuala Kangsar.. haaa.. bukan Pavi yg kat KL tu...

Ni dulu tempat raja2 memantau drpd atas.. zaman dulu ni dh kira paling tinggi lah..

Kemudian, opah beri kami tugasan dimana kami perlu mengemas mini library yg berada di tingkat atas rumah.. mmg byk sgt... buku2 lama yg dh kene makan anai2 semua kami bakar dan tinggalkan beberapa buku sahaja yg masih boleh dibaca...


Abah dan adik beradiknya mmg suka membaca... kenapalah x smpai genetic tu kepada sy.. sy ni x minat membaca.. :P

Kemas-kemas.. sekali terpegang cicak.. haaaa... apa lagi menjerit n lari mcm lipas kudung.. terus terbantut xnak kemas dah....

Begitulah serba serbi ceritanya selama 4 hari 3 malam di kampung yg tercinta.. dh rasa rindu...

Thanks for reading...

Wassalam ^__^
Post a Comment