nuff said

Tuesday, 25 February 2014

I hate waiting

Assalamualaikum semua dan selamat hari selasa...

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya kita masih dipinjamkan udara untuk bernafas, mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, mulut untuk bercakap.. 

Alhamdulillah, Maha Suci Allah...

Mari berselawat ke atas rasul junjungan kita Nabi Muhammad saw.. kekasih Allah.. manusia agung..

Hari ni sy nak berkongsi ttg salah satu kelemahan saya iaitu kurang sabar..

Bukan tujuan untuk mengaibkan diri sendiri.. tp sy berminat nak dgr pendapat drpd kalian..

Sy seorang yang sgt menepati masa. Serius.

Kalau ada appointment keje, jumpa kawan atau sesiapa pun.. kalau kata pukul 9 pagi.. at least 15 minit sebelum pukul 9 pagi sy dh ada di destinasi tersebut.

Tapi malangnya, org2 yg berjanji pukul 9 pagi dengan saya mesti akan lambat 1 jam!

1 dalam 100 kes lah jika sy yg membuat org tunggu sy...  bukan bercakap besar tetapi itulah hakikatnya.

Saya tidak suke membuat org tertunggu2 kerana sy sendiri tidak suka menunggu.

Kalau tunggu dalam 10-15min tu sy ok lagi. Tapi kalau sampai 1 jam tu mmg geram lah kan..

Contoh2 Kejadian :

1. Kawan janji jemput saya dirumah. Katanya pukul 10 pagi dia sampai. So, pukul 10 pagi tu mmg sy dh siap.. pakai tudung.. make up sikit2.. tp tunggu punya tunggu.. x sampai2... panas la plak.. bukak tudung semula.. last2 1 jam 15 min kemudian baru sampai.. masa tu kelam kabut pakai tudung semula.

2. Kawan janji nak jemput di salah sebuah stesen keretapi. Katanya pukul 2 petang dia jemput. Tren bergerak perlahan.. saya sampai di stesen tersebut pukul 2.30. sy dh gabra sbb ingat dh lambat.. tapi bila sy smpai, kawan sy x sampai lagi. 45 minit kemudian baru smpai.

Berikut adalah serba serbi pengalaman sy menunggu org. Tapi itulah yg berlaku setiap hari. Setiap minggu. Setiap bulan.

Sy tak faham, kenapa susah untuk manusia menepati masa? Kalau nk jumpa kawan pukul 9 pagi sepatutnya pukul 8 pagi tu dh bersiap. Bukan pukul 9 tu baru nk siap.

Kadang2 pernah sy saja nk balas dendam dgn dtg lambat supaya mereka rasa apa yg sy rasa. Tapi tak kiralah betapa lambatnya sy, mereka pasti akan lebih lambat drpd sy. 

End up, sy jugaklah penunggu tersebut.

Haihh.. sy mmg pantang org yg jenis x menepati masa ni baik lelaki mahupun perempuan.


Please tell me , is it a good thing or a bad thing to be a punctual person?
Post a Comment