nuff said

Thursday, 13 February 2014

Lelaki Tak Guna




oooppsss.. jangan marah baca tajuk entri tersebut~~



dengar dulu penjelasan saya ok..



ooppss   oooppss... Assalamualaikum semua .. senyum sikit.. ^___^



Layan la plak lagu Yuna bertajuk “Lelaki” . 



Lelaki by Yuna



Kau fikir kau siapa

cinta ini kau buang saja

ku tak perlukan memori

dan kau tak perlu kembali



kau fikir ku apa

siang malam engkau yang punya

kau datang dan kau pergi

kau buat aku begini

oh lelaki tak guna

ku berikan semua



Banggakah dirimu

kekasihmu sahabatku

rupanya selama ini

dia menaruh hati



kadang kala aku terfikir

kau berikanya janji yang sama

engkau katakan padaku oh

sepuluh tahun yang lalu

oh lelaki tak guna

ku berikan semua



ini rupanya kau balas kembali

semuanya yang ku beri

tak pernah mencukupi

kau bukan lagi yang aku kenali

perempuan sepertiku tak ingin bersamamu

dahulu kau bukan begini

kau hancurkan hati

ku yakin dahulu kau bukan

lelaki tak guna

ku berikan semua



credit to : Lanabusybee for lyric





Memang benar sangat yang teramat lagu ni.



Sebab apa yg Yuna sampaikan mmg pernah berlaku pada sy.



Semasa sy di kolej dulu, sy bercinta dengan seorang lelaki bernama Alexander (bukan nama sebenar, pilih nama glamor sket. Uhukss..) 



Alex seorang yang handsome, pandai petik gitar, suara sedap, mmg cukup lengkap la package yang membuatkan sy jatuh hati kat dia.



Mana tak angau bangau, hampir setiap malam dia nyanyi untuk sy.. Alex ni jugak rapat dan kenal ngan kekawan sy.. pernah hang out sesame.. & salah seorang kawan pompuan sy ni namanya Emily (bukan nama sebenar) . 



Emily ni mmg rapat la ngan sy.. mana2 sy pergi, kat situ ada Emily.. & pendek citer antara sy ngan Emily mmg xde rahsia. So segala hal sy ngan Alex, Emily tahu.


& bila sy gaduh ngan Alex, Emily lah yg jd orang tengah untuk merapatkan kami semula..


tapi lelama sy mcm pelik plak. Sebab Emily dengan selamba badaknya confessed kat sy “Ain~~ tau x semalam kita gayut ngan sape? Dgn Alex… dia call Emily semalam borak2” .. 

masa tu sy mcm terkejut tp muka sy x menunjukkan sebarang reaksi.. nak je sy tanya si Emily ni.. ko tau x Alex tu pakwe aku…? Tp xkan lah ko tak tahu kan.. so sy diam kan saje..  


Makin lama makin rapat plak si Alex dan Emily ni.. pernah sy saje je kutuk Emily pada Alex. Saja nak tgk respond jantan tak guna tu.. & wow~!!! 

Bukan main marahnyerrrr si Alex bila sy ngata si Emily.. padahal yang berkawan ngan Emily tu sy.. bukan dia.. kami pun berpisah.. & kami berpisah bukan kerana Emily.. tapi kerana issue lain.. tp kes Emily ni ada tempias sikit2 lah yg menjadi penyebab.



So… sy masih berkawan rapat ngan Emily.. dan ada seorang lelaki yang bernama Jason (Bukan nama sebenar jugak) tangkap syok kat sy.. Tapi si Jason ni masalahnyer gelojoh sangat. Nak terus couple.

sy cakap la.. slow sket.. jgn gopoh.. kita kawan dulu.. tapi sy x kenan la si Jason ni walaupun dia handsome.. sebab dia tau dia handsome.. x perlu kot nak ingatkan sy.. mcm poyo plak.



bila sy umumkan sy tak boleh bagi peluang pada Jason. Tup tup tup.. dapat tau citer Emily dah couple ngan Jason.. 



eeewwww… pelik sy ngan Emily ni.. dia sanggup bersama dgn bekas buangan kawan dia sendiri.. selama Jason dok ngorat sy, si Emily ni ngorat Jason.. 



perghhh..



sy masa tu mmg dh tawar hati ngan Emily.. bukan sy jeles.. sbb sy pun xnak si Jason.


Tp kenapa semua sy punya, dia pun nak.. ?? Alex, Jason???  



So sejak hari tersebut sy kurang lepak ngan Emily.. jumpa2 gitu je.. cakap2 gitu je.. no more considered her as my bestfriend..



mmg wujud manusia mcm ni.. bukan dalam drama TV Teduhan kasih je.. bila sy dgr lagu Yuna ni..



Mmg membawa sy semula ke zaman silam..


Lagu ni mmg sedap & unik. Enjoy~~
Post a Comment