nuff said

Monday, 17 February 2014

Pengalaman - Test JPJ



Assalamualaikum dan selamat hari Isnin..
 
Semoga kita semua sentiasa berada dalam redha Allah swt.

Hari ni nak berkongsi pengalaman saya berjaya mendapatkan lesen kereta dulu..

Alhamdulillah~~ Syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurniaNYA segala urusan pengambilan lesen dipermudahkan...


1.     I am very sure ramai orang punya pengalaman masing2 masa nak ambil test JPJ. Ada yang pengalaman manis & ada juga pengalaman buruk.


2.    To be honest... ramai yg menceritakan pengalaman buruk mereka sewaktu test JPJ dijalankan. & serba sedikit mmg mempengaruhi sy. Ada yang kata JPJ perempuan susah nak bagi lulus.. Ada yang kata JPJ lelaki gatal nak mampus.. ada yang kata JPJ ni mulut xde insurance... etc etc etc....


3.    So, apabila sy dapat tarikh keramat test JPJ sy , iaitu 2 April 2013. sy ni nervous yang amat!! takut failed.. x boleh tido bila memikirkannya.. ramai kawan2 sy yang kene repeat. sebab gagal jalan raya dan bukit.


4.    Jadi, pada hari kejadian. sy diantara giliran yang terawal. iaitu 9 pagi. Nama sy dipanggil pada pukul 9.45 pagi & sesi pertama sy adalah Jalan Raya.


5.   Jeng Jeng Jeng.. sy dapat JPJ Perempuan.. terus berlegar2 dlm fikiran sy pengalaman2 buruk yang diceritakan oleh kawan2 sy.. tapi sy terus think positive!! "kalau Allah dah tulis aku lulus ujian kali ni.. JPJ Bapok ke.. Laki ke.. Pompuan ke.. aku pasti akan lulus jugak"


6.   Memula tu agar gementar la...sy paling risau kat traffic light dan simpang 4. Tapi SYUKUR!! Allah memang bantu sy sebab di traffic light dan simpang 4 , traffic clear. sebab diwaktu latihan, ada 2 kali sy mati enjin.. tp masa JPJ test.. Alhamdulillah again... no problemo...


7.   untuk test Jalan Raya sy lulus 18/20 .. akak JPJ tu muka garang tapi hati baik.


8.   Now sesi Litar (Bukit,parking,3 penjuru) ... 5 orang sebelum sy gagal bukit.. kereta mereka reversed ke belakang. Lagilah sy rasa senak perut .. aduhaiii... seram la plak..Bila tiba giliran sy, Alhamdulillah..

Bukit lepas. Parking lepas . 3 penjuru lepas.


9.   sy x sangka.. semudah ini nak lulus test JPJ. Syukur kerana Allah memberi sy ketenangan hati. Betul kata orang. Jika kita meletakkan keyakinan kita 100% pada Allah. Nescaya PASTI Allah permudahkan segala urusan.


Macam mana dengan u all? Ada pengalaman test JPJ yg menarik untuk dikongsi tak?

Thank for reading ^__^
Post a Comment