nuff said

Thursday, 27 March 2014

Dear Allah, i love You..



Assalamualaikum dan selamat hari khamis kepada semua..


Apa khabar semua? Saya mendoakan agar kalian diberikan kesihatan badan yg baik.


Apa khabar iman semua? Saya mendoakan agar Allah memelihara keimanan kalian.


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang Maha Besar dan Maha Penyayang kerana dengan limpah kurnia-NYA kita masih diberi peluang untuk bernafas hari ini.


Hari ini, saya ingin berkongsi pengalaman/teladan salah seorang “tea-lady” yang bekerja di pejabat saya.


Perbualan kami ini sudah lama berlalu, tetapi dengan izin Allah, Allah mengingatkan kembali perbualan saya dengan kakak tersebut , dan suka saya nak berkongsi dgn sesiapa yang sudi membaca..


Pada awalnya kami hanya berbual kosong, tetapi entah macam mana tiba2 kami bercakap mengenai solat yang amat berat untuk umat akhir zaman ini kerjakan.


Tidak saya nafikan, saya juga masih berat mengatur langkah ke tikar sejadah. Kadang-kadang saya tewas dan kadang-kadang saya berjaya melawan hasutan syaitan. 

Semoga Allah sentiasa bimbing sy ke jalan yang diredhai-NYA.. sungguh ya Allah, hamba-MU ini sangat dahagakan perhatian-MU.. sangat kebuluran kasih sayang-MU.. 


Berbalik kepada perbualan saya dan kakak tersebut.


Kakak tu pun mengakui bahawa dulu dia merupakan seorang yang sangat liat untuk solat. Lebih-lebih lagi solat subuh. Alangkah nikmatnya jika tidak perlu bangun untuk solat subuh dan meneruskan sahaja tidur sepuas-puasnya.


Maka, satu hari ketika azan subuh berkumandang. Kakak tersebut terjaga kerana dikejutkan oleh suara azan datang daripada masjid yang berhampiran. Terasa berat badannya untuk bangun daripada tilam dan bantal yang empuk. Akhirnya dia tewas dengan pujuk rayu syaitan dan tidaklah dia bangun untuk menunaikan solat subuh 2 rakaat.


Apabila jam menunjukkan sekitar pukul 8 pagi, kakak tersebut pun bersedia untuk menjalankan aktiviti hariannya.. usai mandi dia pun ke dapur untuk menjamah sarapan pagi.


Apabila dia membuka peti sejuk rumahnya, tiba-tiba hati dia sayu..

Berderai air mata membasahi pipi.


Terbisik dihatinya… “ya Allah,, hebat kasih sayang-MU.. aku tidak menemuimu subuh tadi.. tetapi tetap ada rezeki untuk ku..” “tetap Engkau menghidupkan aku..”


Andai tiada kasih sayang Allah, boleh sahaja Allah membasikan makanan2 yang berada didalam peti sejuk tersebut. 

Boleh sahaja Allah mematikan dia dalam tidurnya pada pagi tersebut. Tetapi , tetap dia masih bernyawa.. dikurniakan kesihatan yang baik.. malah rezeki makanan juga tidak putus.


Malu nya kepada Allah… kita sangat kedekut untuk meluangkan sedikit masa untuk DIA tetapi dia tidak pernah sedikit pun melupakan kita.


Cuba tanya semula diri sendiri…ketika ini.. tanya diri sendiri.. renungkan kembali.


Ketika kita meninggalkan solat… ada Allah lupa untuk memberi rezeki kpd kita?


Ketika kita meninggalkan solat… ada Allah menarik nyawa kita drpd tubuh badan kita?


Ketika kita meninggalkan solat… ada Allah sengaja tiba-tiba membutakan mata kita?


Tidak ada… bukti kasih sayang Allah yang memberi peluang kpd hamba-NYA untuk bertaubat..


Kerana itu diturunkan dugaan dan ujian kepada kita, agar kita kembali kepada-NYA.


“Jika kita tidak pernah berterima kasih kepada Allah dengan setiap senyum tawa.. mengapa mahu menyalahkan DIA ketika dilanda musibah?” –anon- 


“lihatlah pada apa yang kita ada agar kita tahu untuk bersyukur, Jangan lihat pada apa yang kita tidak ada, agar kita tidak kufur” –anon-


Cintalah pada Allah agar hati sentiasa dekat-NYA..


Cinta jangan dibibir sahaja, buktikanlah cinta itu..


Jika cinta kita pada suami/isteri pasti pasangan kita menuntut bukti cinta dengan perbuatan..


Kita dituntut oleh pasangan kita untuk setia, sentiasa meluangkan masa, sentiasa berbual bicara, dan taat janji setia.


Begitu juga dengan Sang Pengcipta..


Buktikanlah cinta pada Allah dengan kesetiaan.. jangan menyekutukan DIA.


Buktikanlah cinta pada Allah dengan meluangkan masa.. solat 5 waktu.. solat sunat… tahajud.


Buktikanlah cinta pada Allah dengan berbual bicara.. zikir dan doa malah luahan rasa dimana2 sahaja akan sampai kepada-NYA.


Buktikanlah cinta pada Allah dengan taat janji setia.. taatlah pada suruhan-NYA dan taatlah meninggalkan larangan-NYA.


Bayangkan jika kita menghantar sms kepada pasangan kita tetapi tidak dibalas, apakah perasaannya?


Pasti kita resah gelisah.. duduk tak senang… hati gundah gulana.. begitu juga yang kita patut rasa apabila Allah tidak memakbulkan doa kita… rasa resah dan berbalaskah cinta kita kepada-NYA…? maka, jangan berputus asa… teruskan berdoa… teruskan menyayangi.. teruskan mencintai.. 


Bayangkan.. bisikan kata cinta dalam hati kepada-NYA pun DIA bisa mengerti… DIA bisa fahami.. kerana DIA Tuhan yang Agung.. Yang Maha Mengetahui setiap yang tersurat dan tersirat didalam hati kita..


Kembalikanlah cinta kita pada yang HAK.. yakni Allah SWT…  DIA sentiasa sudi membalas cinta hamba-hamba-NYA walaupun dosa-dosa kita selautan dunia..


Lihatlah kepada mereka-mereka yang berhijrah.. tidak perlu saya sebutkan nama.. lihatlah diri mereka dahulu ketika dalam kesesatan… tetapi bukti kasih sayang Allah yang tiada bandingannya.. lihatlah perubahan mereka sekarang ini.. sehina-hina dimata manusia dahulu kita menjadi semulia-mulia makhluk.


Hidayah milik Allah… Hidayah perlu dicari… mohonlah kasih sayang Allah.. mohonlah hidayah daripada Allah agar kita bisa menikmati rasa cinta yang hakiki… rasa angau kepada manusia amat merunsingkan jiwa.. kerana pasangan kita itu tidak sempurna.. pasti ada sahaja kekurangan mereka yang menyakitkan hati kita…

Tetapi jika kita angau kepada Allah… bahagia hati.. tenteram jiwa.. kerana DIA sempurna…


Assalamualaikum~ terima kasih kerana sudi meluangkan masa… 

may Allah bless us all..
Post a Comment