nuff said

Monday, 28 April 2014

Kem Kepimpinan Pengawas SMK Cheras Perdana 2014


Assalamualaikum semua..

Agak lama tak update blog since rabu yg lepas.

Well, FYI rabu lepas saya kurang sihat dan akibat demam tersebut berlarutan sampai jumaat, sy decided check dekat klinik. & doctor tak dapat mengesahkan saya sakit apa sbb sy demam hanya pada waktu malam sahaja. Siang saya OK.

Doctor risau jika sy suspek denggi, maka doctor ambil darah saya untuk dihantar ke makmal mereka untuk ujian darah.

Alhamdulillah.. saya bebas denggi.. risau jugak sbb sy kan setiap minggu masuk hutan.

Saya hutang banyaaaakkkk nak membayar semula hutang-hutang blogwalking kepada blog kawan2 semua.. insyaAllah.. hari ini sy akan membalas kunjungan anda…

Tunggu kedatangan sy.. mohon sediakan kopi panas dan biskut lutut ye..

Well, walaupun demam.. yg membuatkan saya kuat adalah semangat sy.. hati sy berada di Kem.

Pada 25 April 2014 hingga 27 April 2014 (Jumaat – Ahad) , kami menerima kunjungan daripada SMK Cheras Perdana untuk mengadakan Kem Kepimpinan Pengawas selama 3 hari 2 malam.

Seramai 87 orang pelajar daripada tingkatan 2 hingga tingkatan 5 hadir yang dimana majoritinya pelajar berbangsa cina dan india.

At first , susah nk berkomunikasi dgn mereka ni. Kene byk manglish dan bahasa kene straight to the point.

Mereka tak faham kiasan.

Faham tak faham.. aktiviti tetap dijalankan..

Alhamdulillah.. pemimpin2 SMK Cheras Perdana ni bijak2 dan walaupun mengalami kekangan bahasa, mereka berani mencuba.

Kesian dengan mereka ni, sebab sekolah mereka ni terlalu terdedah dengan gejala samseng.

Nak ditegur samseng2 ni dikhuatiri membahayakan diri mereka sendiri.

Maka, kami berkongsi pengalaman masing2 dan memberi tips cara mendekati samseng2 ini dengan lebih mudah dan berkesan.. insyaAllah berkesan..

Sehinggakan nak balik pun, ada lagi yg dtg jumpa saya mahupun lebih tips.

Alhamdulillah lagi!!! Kumpulan 3 , iaitu kumpulan saya berjaya merangkul kumpulan terbaik.!!

Tahniah tak terhingga kepada Say,Xiang,Adrian,Ariff, Man, Syakir, K. Savan, Ruben, Ashwin dan Faiz.

Selebihnya biar gambar berbicara. 









and menerima maklum balas drpd salah seorang peserta program..


tekan gambar untuk lebih besar

Thanks for reading~~
Post a Comment