nuff said

Tuesday, 20 May 2014

Bugima punya ASTRO


Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum semua and selamat pagi..

Boleh tak kalau hari ni nak meluahkan segala kekecewaan yg terbuku didalam dada ini.. chewahh~

Well.. seriusly.. sy rasa kalau u all sudi membaca luahan hati sy ni , mesti u all pun turut terkesan.

16th May 2014, Jumaat


Wyre signal decoder tercabut

17th May 2014, Sabtu

9 pagi

Telefon Customer Service Astro maklumkan kerosakan.

Cik Farhana mengatakan bahawa dalam tempoh 48 hours pihak mereka akan datang ke rumah untuk tindakan lanjut.

18th May 2014, Ahad

12 tengahari

Telefon lagi sekali pihak customer service, katanya jika technician mereka datang. Mereka akan menelefon customer dulu untuk set appointment. Tapi sehingga saat tersebut, tiada sebarang feedback drpd mereka.

Kami menyatakan ingin membawa decoder tersebut ke kedai untuk membaikinya sendiri.

Tapi katanya, tidak boleh. Mesti tunggu technician Astro juga sebab hanya pihak mereka boleh rectify the problem.

19th May 2014, Isnin

9 pagi (Cukup 48 hours)

Saya telefon lagi dan bercakap dengan Eva, wakil customer service.

Perbualan kami lebih kurang macam ni.

Saya : Salam, nama saya Ain, No report ******* , any update?

Eva : Selamat pagi, kalau ikut record ni, technician akan datang hari ni pukul 3.30pm.

Saya : kenapa 3.30 petang? U all promise within 48 hours. Ni dah lebih 48 hours.

Eva : maaf cik, tapi ini yang dinyatakan oleh pihak technician.

Saya : ok. Fine. Thanks.

*hang up.

4.22pm

Masih tiada kelibat orang Astro. Saya menghubungi customer service lagi sekali dan bercakap dengan Syuhadah.

Bla..bla..bla..

Syuhadah : Maaf diatas kelewatan, sebab kami kekurangan kakitangan.

Saya : itu bukan masalah saya. Jika awak dah tahu mmg kurang kakitangan dalam bahagian technician, you should never promised customer that you will rectify the issue within 48 hours.

Syuhadah : saya faham cik, cik boleh hantar ke kedai tetapi mereka akan caj untuk service tersebut.

Saya : what? Hari tu cik Farhana kata tak boleh hantar kedai. Now you said boleh hantar plak? Kalau saya tahu daripada awal, hari sabtu lagi sy dh hntar kedai. Bcoz forever nak tunggu your technician.

Syuhadah : sebenarnya boleh je hantar.. tapi saya sarankan cik tunggu je technician kami.

Saya : kalau pukul 5 petang ni dia tak dtg jugak mcm ne? perlu saya call lagi ke?

Syuhadah : tak perlu call, kami akan follow up and update cik sendiri.

*hang up.

6 petang

Technician call saya.

Technician : Maaf cik Ain, saya tak dapat datang hari ni. Sebab masalah itu diluar bidang saya. Itu bahagian installer.

Saya : Jadi? Saya nk buat apa sekarang? Nak tunggu installer pulak ke?

Technician : cik kene telefon Customer service lagi sekali, beritahu mereka apa yg sy bgtahu cik ni.

Saya : saya nak kena call customer svice lagi?? Bukan awk yg patut  maklum pada mereka?

Technician : cik kene call mereka.. bagitahu mereka.

*hang up.

6.15pm

Saya google kat Mudah service repair decoder Astro.

Dapatlah abg ni orang kajang bernama Raimi.

Buat appointment ngan dia malam tu jugak.

8 malam

Astro decoder saya fixed and boleh tgk TV dah. 


*imagine how rude,bad,frustrating,sickening service we get from ASTRO.

*bila bayar lambat, memekak tepon suh byr.

*bile time service, slow yang amat!

*very – very bad service

*thanks for nothing ASTRO
Post a Comment