nuff said

Thursday, 29 May 2014

Salam Takziah - Pemergian DYMM Sultan Azlan Shah


Assalamualaikum dan selamat pagi semua..

Takziah diucapkan kepada ahli keluarga diraja arwah DYMM Sultan Azlan Shah diatas pemergian baginda sultan semalam 28 May 2014 jam 1.30 petang.

Saya sebagai anak negeri Perak turut terkesan dengan pemergian baginda Sultan.

Walaupun tidaklah saya kenal baginda sultan secara peribadi, tetapi pengalaman bekerja dengan anaknya Raja Eleena membuatkan saya yakin bahawa didikan yang diberikan oleh baginda sultan terhadap anak-anaknya sangat baik.

Perwatakan anak perempuannya itu yang baik, lemah lembut, peramah dan humble serba sedikit mencerminkan keperibadian baginda sultan.

Bukan itu sahaja.. dengan beberapa pengalaman individu2 terdekat yang pernah mendekati baginda sultan juga turut mengatakan bahawa baginda sultan merupakan seorang raja berjiwa rakyat.

Menurut satu pengalaman yang saya dengar.. pernah satu ketika orang kampung menjemput baginda sultan untuk hadir ke majlis perkahwinan anaknya. Tetapi baginda sultan tidak menyatakan jawapan samada akan hadir atau tidak.

Maka, mereka beranggapan sultan tidak hadir.. tiba-tiba semasa majlis sedang berlangsung, baginda sultan sudi mencemar duli menghadiri kenduri perkahwinan tersebut.

Betapa dekatnya seorang raja dan rakyat apabila istananya sendiri yang terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar juga senang didekati.

Adalah tradisi bagi keluarga saya dimana apabila setiap kali raya, kami akan jalan-jalan pusing mengelilingi istana tersebut.

Dengan hanya berpagar besi, rakyat boleh menyaksikan istana negeri dengan jarak yang sangat dekat. Sangat dekat sehinggakan jika baginda sultan berdiri didepan tingkap, kita yang diluar boleh nampak dia.

Mmg sangat sedih and terkesan dengan pemergian baginda sultan.

Marilah sama-sama kita sedekah al-fatihah kepadanya agar baginda sultan diantara hamba-NYA yang beriman dan beramal soleh..


Sultan Azlan ketika berumur 21 tahun



Post a Comment