nuff said

Thursday, 8 May 2014

Sambutan Hari Ibu Ratu Hatiku


Assalamualaikum semua dan selamat pagi..

Semoga semua dlm keadaan yang sihat dan happy always…

YOLO!! You Only Live Once !! maka, hiduplah dengan sepuas2nya tapi jangan sampai lupa pada tanggungjawab dan akhirat yg kekal sedia menanti..

Ok… seperti ramai yg sedia maklum.. hari ibu dh nak dekat sgt dah… tahun ni hari ibu jatuh pada 11 May 2014, ahad. 



latest pic - Mama ku yang vogue
Walaupun ada yg berpendapat hari ibu ini tidak patut disambut kerana asal usulnya berkenaan “Mother Theresa” , tapi hari istimewa ini tidak disebut “Mother Theresa Day” .. tapi ianya dipanggil Mother’s day.. so why cannot sambut?

Apa2 pun terpulang pada individu itu sendiri…

Oklah.. saya and kakak sy dh plan baik nk sambut hari ibu nanti.

Kami beli frame gambar dan di frame tu kami letak gambar kami adik beradik masa baby..

Hadiah yg x mahal tapi ada sentuhan sentimental value…

Saya pasti.. semua orang mesti sayang pada emak masing2…

Garang mcm mana pun mak kita.. kasih syg kita pada mereka sangat tinggi nilainya hingga tidak boleh ditukar ganti dan dijual beli..

Mama saya sgt special di mata saya…

Suka saya nk berkongsi ngan korang semua ttg mama saya..

Mama saya kawen seawal 18 tahun… and seorang yang sgt menjaga penampilan diri.

Kalah kami yg muda ni…

Kalau kami sekeluarga berkumpul sama2.. kami akan luangkan masa untuk karoke.. tgk wayang.. main boling… and shopping..

Sy dgn kawan2 pun jarang tgk wyg n karoke sama2… tapi dgn mama jgn cakap lah..

Mmg sangat sangat kerap…

And mama seorang pendengar yg setia.. sy boleh ceritakan apa-apa sahaja dgn dia..

Teringat lagi dulu ketika suka lepak malam2… rata2 kawan sy menipu ibu bapa masing2…

Tapi sy berlaku jujur dgn mama and abah.. dengan sapa sy keluar.. saya balik ke tak balik.. everything sy bagitahu kebenaran..

Saya takkan sesekali menipu mereka and abah n mama mmg sgt spotting.. hidup sy bebas..

Sambutan hari ibu tahun lepas mmg tak rancang mcm ni..

Kami ke Sogo yang kebetulan mmg ada sambutan hari ibu yang dianjurkan oleh Kementerian Wanita..

Kami sampai lambat and masa tu semua aktiviti dah tamat..

Khemah pun dh bungkus..

Tetiba ada seorang wartawan drpd BERNAMA mintak nak amek gambar kami sekeluarga…

Kami pun ok lah.. duduk je kat tangga and tetiba hampir 10 wartawan ambil gambar kami..

Esok nya dpt byk panggilan drpd sedara mara katanya gambar kami ada dlm The Star , Sinar and Utusan.. 









Ya Allah.. mmg terkejut btol lah..

Terpemes plak..

Korang plak mcm ne? apa plan nk buat kejutan pada ibu korang nanti?

Thanks for reading ^___^
Post a Comment