nuff said

Wednesday, 23 July 2014

Iftar with Friends at Dataran Putra, Putrajaya

Assalamualaikum semua.. semoga semua sentiasa dalam kesihatan yang baik dan happy hendaknya..

Tak tahulah samada sesuai atau tidak untuk saya berkongsi saat2 indah berbuka puasa bersama teman2 saya baru2 ini, sedangkan kita masih lagi dalam keadaan yang sedih dengan insiden MH17 dan Gaza.

Doa ku utuskan tanpa putus dan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat. Dengar cerita, jenazah akan tiba ke tanah air pada 28 Julai 2014 yakni hari raya puasa… subhanallah.. semoga keluarga mangsa tabah dan syabas juga kepada pakar kaunseling drpd Kementerian Wanita kerana turut akan bersama2 keluarga mangsa untuk memberi semangat dan kata-kata perangsang untuk mereka pada hari ketibaan jenazah tersebut nanti.

Seperti ada yang sedia maklum, sy dan kawan2 saya pasti akan berbuka puasa bersama2 setiap tahun. Tahun ini, kami pilih untuk potluck di Dataran Putra, Putrajaya.

Tahun ni lebih meriah kerana ada sahabat2 yg dah bawa suami and tunang.. berbeza dengan tahun2 yang lalu dimana masing2 masih single.. saya je masih x bawak sesiapa.. uhukss… sedey :P

Iftar ini dihadiri oleh kawan2 yg ku sayang Kak June, Anis dan Tunang, Ika dan Suami, Hannan, Dayah, Ain Kecik, Myra , Nurul and Sajidah.

Kami cari pot yang sangat baik.. bebetul depan masjid and bersebelahan tasik..

Subhanallah.. mmg indah pemandangan disana..




Saya masak Kuew Tiaw Goreng Udang Ayam, manakala kawan2 yang lain ada yang bawak nasi lemak, kuih mueh, murtabak, air coconut shake, buah-buahan, bubur lambuk, ayam goring & etc.



Selesai berbuka puasa, kami pun bergerak ke Masjid Putra untuk menunaikan solat magrib.

Selesai Solat Magrib, kami bergambar dan UPACARA WAJIB iaitu exchange gift..







Bukankah memberi hadiah itu Sunnah nabi ^____^

Dan since kita nk raya ni,,, kami bertukar kad raya sesame kami..



Mmg best and rasa mcm zaman dulu , kita tulis segala isi hati kita yg x mampu diluahkan dengan kata-kata..

Rasa mcm sedih pun ada.. sikit lah.. sedih & happy.. sebab tahun depan tak tahu samada ikatan ukhwah ini masih terjalin lagi atau tidak..

Semoga Allah jaga persahabatan kami hingga ke syurga.. insyaAllah..

Apabila kita menyaksikan ramai insan yg terkorban dan kehilangan orang yg disayangi..

Saat inilah kita gunakan peluang yg ada sebaik2nya untuk berkasih sayang sesame kita agar tiada penyesalan dihari lain kelak..

Thanks for reading… Assalamualaikum ..
Post a Comment