nuff said

Friday, 8 August 2014

Abah tak pernah berkira

Assalamualaikum.. tiba-tiba teringatkan abah saya..

Walaupun hari-hari jumpa abah sbb masih duduk serumah dengan keluarga..
Abah saya merupakan anugerah terbaik saya pernah terima..

Saya tidak pernah dijentik mahupun diherdik.

Apa yang saya mahukan akan abah cuba usahakan walaupun ketika itu abah tak mampu..

Dan saya masih kecil untuk mengerti kekangan hidup.

Pernah saya lahirkan hasrat nak menunggang kuda..

Tapi manalah abah mampu ketika itu..

Abah suruh saya naik motor dan saya duduk diraga hadapan..

Abah bawa saya melalui jalan yang berbonggol2 dan berlubang2 agar saya dapat merasai seolah2 saya sedang menunggang kuda..

Semakin kuat hentakan.. semakin kuat saya ketawa dan abah turut gembira..

Tanpa saya ketahui ketika itu, bahawa tayar motor akan rosak. 

Saya terlalu kecil untuk mengerti tetapi abah tak pernah merungut apa-apa..

Sehinggakan aktiviti merosakkan tayar motor tu menjadi rutin mingguan saya.

Apabila saya sudah dewasa.. kini sudah dewasa..

Bila abah memandu kereta Myvi Putih kakak saya…

Kadangkala abah tak perasan dan tak sempat mengelak lubang yang berada dihadapan lalu mengakibatkan hentakan yang kuat.

Terus saya merungut dan menegur abah kerana khuatir tayar kereta rosak.

Dulu abah tak berkira sikit pun untuk anak2nya.. teruknya saya untuk berkira2 dgn abah.

Astagfirullah al azim.. sedikit pun abah tak mengingatkan saya ttg kejadian tayar motor dulu..

Tetapi Allah memberi saya ingatan yang cukup baik untuk saya mengingati pengorbanan abah dulu..

Sedih dan kecewa dengan diri sendiri.. dulu, abah byk bersabar untuk anak-anaknya..

Kenapa kini saya terlalu mementingkan diri dan kurang sabar? Muhasabah diri semula..

Bila mengenangkan segala kenangan manis waktu kecil dulu , membuatkan diri ingin merubah dan menjadi anak yang terbaik untuk abah..

Adik sayang abah sangat.. abah adalah abah yang terbaik..


Terima kasih Allah.. 
Post a Comment