nuff said

Tuesday, 30 September 2014

Ketepikan Alasan Teruskan Urusan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada kesayangan semua..

Alhamdulillah kerana kita masih dipinjamkan oleh-NYA udara untuk bernafas , kesihatan untuk beribadah, mata untuk melihat, mulut untuk berbicara dan rezeki yang mencukupi untuk kita meneruskan urusan harian kita pada hari ini.

Semalam hujan lebat sangat kan?

Banyak tempat yang musnah , pokok tumbang , bumbung sekolah melayang , banjir sana sini.

Saya suka mengingatkan diri saya sendiri bahawa tidak Allah menjadikan sesuatu dengan sia-sia.

Bayangkan , siapa sangka air hujan yg halus itu bisa membanjiri sesuatu tempat.

Siapa sangka angin yang lembut meniup itu bisa melayangkan sesuatu benda.

Semua yang berlaku dengan izin Allah dan pasti ada hikmah yang ingin Allah sampaikan khas kepada hamba-hambaNYA yang mahu berfikir.

Betapa kerdilnya kita sebagai insan jika mahu dibandingkan dengan kuasaNYA.

Namun, masih ada diantara kita masih belum bangun daripada mimpi yang lena..

Masih angkuh untuk bersujud.

Masih angkuh untuk bertaqwa.

Diberi nyawa setiap hari untuk beribadah, tetapi digunakan untuk maksiat semata2.

Astagfirullah al azim.. semoga kita semua selamat daripada hasutan syaitan yang dikeji.

Mari kita lihat komik di bawah.



Boleh saya kaitkan dengan reality semasa… berapa ramai diantara kita yang sedar akan kekurangan diri. Kekurangan ilmu agama.. kekurangan ibadah yg perlu dilaksana.

Tetapi, segalanya ditangguhkan kerana punyai alasan-alasan yang merugikan.

Allah sedikit pun tidak rugi dengan kelengahan kita untuk bertaqwa. Tetapi kita masih angkuh mencipta alasan-alasan yang dibisikkan oleh syaitan yang dilaknat.

Nantilah.. nantilah.. nantilah..

Apa kata kita cuba katakan "nantilah" kepada syaitan yang cuba melengahkan kita drpd membuat perkara yang baik. Nescaya, menangislah syaitan kerana kita tidak mengendahkan dia.

tergamakkah kita katakan "nantilah" kepada DIA yang menciptakan kita..??  astagfirullah al azim..

abang2 , kakak2, adik2 , mari kita muhasabah diri kita semula…
tujuan penciptaan kita tak lain tak bukan hanya untuk beribadah kepada-NYA.

Ibadah itu luas bukan termaktub solat dan puasa semata2.

Bekerja, belajar, berehat, sedekah, menjalinkan silaturrahim dengan semata2 kerana ALLAH SWT juga adalah satu bentuk ibadah.

Jangan ditangguh benda yang harus disegerakan.

Sedangkan nasi boleh terkeluar daripada mulut ketika kita makan , menunjukkan tiada rezeki kita disitu, inikan pula rahmat dan kasih sayang Allah. Bila-bila masa boleh ditarik semula.

Wallahualam..



“Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya (berbuat baik).“
(Surah Al-Baqarah ayat 195)




Thank for reading…

*teguran & peringatan untuk diri sendiri juga yg masih alpa.
Post a Comment