nuff said

Friday, 12 September 2014

Solat macam ayam patuk tanah

Assalamualaikum semua dan salam jumaat..



Jalan-jalan dalam few pages di facebook dan terjumpa kata-kata yg berada didalam gambar ini.. 

"Jangan solat dlm keadaan tergesa-gesa ketika berhadapan dengan DIA yang menguasai setiap urusan yang kita mahu segerakan"

Subhanallah.. MasyaAllah... terasa seperti satu tamparan dimuka sendiri.. bukan sekali je.. tapi tamparan yang berkali-kali.. 

saya yakin anda semua pun mesti ada pengalaman dimana apabila kita sudah lambat untuk mengerjakan urusan harian kita, maka kita pun solat dengan cepat dan ketika solat pula tidak kusyuk kerana memikirkan agenda yang mahu diselesaikan..

atau..

ketika kita sedang tergesa-gesa mahu menguruskan sesuatu urusan tiba-tiba kawan kita/anak kita/ kakak kita/ suami kita/ isteri kita kata nak solat dulu, and kita pun frust.. tadi nape tak solat awal2.. bentak di hati dan kita pun suruh dia solat cepat2..

betapa selfish nya diri ini kerana pernah menyuruh kawan solat cepat2 sbb taknak lambat tgk wayang. aku lupa.. aku alpa.. aku gila.. mungkin.. ketika itu..? 

&

pernah dah lambat nak pergi kerja, kemudian adik plak baru nak solat subuh... suruh dia solat cepat2 sbb nanti lambat nak pergi kerja., masyaAllah.. ampuni aku Ya Allah.

bagaimana aku tergamak menyuruh seorang hamba yang hina untuk solat laju2 dihadapan PENCIPTAnya yang MAHA AGUNG MAHA KAYA MAHA PENYAYANG MAHA BERKUASA yang mampu menarik balik segala rezeki dan nikmat yang bakal kami rasai dihari tersebut?

sedangkan segala urusan yang disusun hari itu adalah perancangan seorang hamba tetapi yang akan menentukan samada perancangan itu berjalan dengan lancar atau tidak adalah DIA YANG MAHA KUASA.

maka, solatlah dengan tenang walau kita lambat macam mana sekalipun.

baca dengan tertib, jangan baca mcm keretapi laju..
jangan solat laju2 dah serupa ayam patuk tanah..
kita bukan sahaja mahukan keselamatan didunia, tetapi juga diakhirat..


Post a Comment