nuff said

Wednesday, 15 October 2014

34 Panduan Cara Menzahirkan Rasa Hormat kepada Kedua Ibubapa kita.

34 Panduan Cara Menzahirkan Rasa Hormat kepada Kedua Ibubapa kita.

1. Ketepikan telefon bimbit kamu semasa kehadiran mereka.

2. Beri tumpuan ketika mereka sedang berbicara.

3. Terima pendapat mereka.

4. Beri maklum balas dengan bahasa tubuh ketika berbual dengan mereka.

5. pandang mereka dengan penuh hormat.

6. sentiasa memuji mereka.

7. kongsi berita baik dengan mereka.

8. elakkan berkongsi berita buruk dengan mereka.

9. hormati kawan-kawan mereka dan sayangi mereka yang disayangi oleh ibubapa kita.

10. sentiasa ingat kebaikan yang mereka pernah lakukan kepada kita.

11. jika mereka ulangi cerita yang sama , dengar dan beri perhatian seperti baru pertama kali kita mendengarnya.

12. Jangan mengenangkan kembali kisah lalu yang pahit kepada mereka.

13. Elakkan berbisik dihadapan mereka.

14. Duduk dengan penuh adab ketika dihadapan mereka.

15. Jangan perkecilkan atau memandang rendah pada pendapat mereka.

16. Elakkan memotong percakapan mereka.

17. Hormati usia mereka.

18. Elakkan menegur atau menghukum cucu-cucu mereka dihadapan mereka.

19. Terima nasihat dan teguran mereka.

20. Beri mereka kuasa untuk memimpin ketika dalam kehadiran mereka.

21. Jangan meninggikan suara dengan mereka.

22. Elakkan berjalan dihadapan mereka.

23. Elakkan makan dahulu tanpa mereka.

24. Elakkan menjeling kearah mereka.

25. Beri penghargaan kepada mereka dalam bentuk pujian atau hadiah.

26. Jangan bercakap kasar dengan mereka.

27. Sentiasa ingati mereka dalam doa-doa kita.

29. Elakkan kelihatan bosan atau penat ketika kehadiran mereka.

30. Elakkan ketawa dihadapan mereka apabila mereka melakukan kesilapan.

31. Buat kerja rumah sebelum disuruh.

32. Sentiasa melawat mereka.

33. Berhati-hati dengan pilihan ayat ketika sedang berbual dengan mereka.

34. Letakkan mereka sebagai pilihan yang utama dan pertama dalam setiap urusan.

Ibubapa adalah harta yang sangat berharga di dunia. 

Pejam celik pejam celik, harta tersebut akan dikebumikan.

Hargailah ibubapa kita sementara mereka masih ada.

Hari ini, marilah kita mendoakan kebaikan untuk ibubapa kita samada mereka masih hidup atau sudah meninggal dunia.

Ya Allah ringankan beban kedua ibubapaku, آمِيْن يَارَبَّ الْعَالَمِينْ

Ya Allah buangkanlah beban hutang daripada ibubapaku, آمِيْن يَارَبَّ الْعَالَمِينْ

Ya Allah kurangkanlah kesakitan ibubapaku, آمِيْن يَارَبَّ الْعَالَمِينْ

Ya Allah berilah penawar kepada penyakit yang dialami oleh kedua ibubapaku, آمِيْن يَارَبَّ الْعَالَمِينْ

Ya Allah biarkanlah mereka bergantung hanya kepada-MU bukan selain-MU sehingga akhir hayat mereka.. آمِيْن يَارَبَّ الْعَالَمِينْ

Kita haruslah menghormati kedua ibubapa kita.

Jangan sesekali menyakiti mereka kerana segala masalah yang mereka hadapi adalah berpunca daripada kita.

Mereka berhutang demi memenuhi kehendak si anak.

Mereka tidak sihat kerana kurangnya rehat dan berkerja keras demi memberi yang terbaik untuk si anak.

Setiap nafas mereka adalah demi si anak.

Ya Allah.. rahmatilah kedua ibubapa kami dengan kebahagiaan.
Berjanjilah dengan diri sendiri untuk melakukan perkara yang membahagiakan kedua ibubapa kita , sehari sekurang2nya sekali.

*copied & pasted & translated from Hamba Allah untuk peringatan kita bersama..
Post a Comment