nuff said

Wednesday, 17 December 2014

Lap Blog Berhabuk + Anak Ibarat Kain Putih

Assalamualaikum dan selamat pagi semua~

Maaf kerana menyepi 2 bulan ni..

Maybe ada yang perasan and maybe ada yang tak perasan..

Terlalu banyak perkara yang berlaku sejak kebelakangan ni..

So, I prefer just stay silent and be more reserved.

But now, insyaAllah.. mencuba merangkak untuk giat aktif kembali ke dunia blog..

Saya nak berkongsi satu peristiwa yang saya sendiri saksikan pada hari ahad yang lepas..

Sekitar jam 9 malam.. di dalam tren komuter.. daripada Kepong Sentral menuju Kajang.

Saya akan mulakan dengan dialog antara seorang ayah yang sedang mendukung anak kecilnya, seorang ibu yang membawa beg dan seorang anak kecil perempuan yang berumur sekitar 8 tahun.

Anak Perempuan : papa~~~ ini tren org perempuan.. kita tak boleh masuk sini.. (kata anaknya dengan nada yang sangat resah dan bersalah)

Ibu : kakak,,, papa dukung adik.. papa bukan nak raba perempuan..

Ayah : bising.. kecoh sangat pasal tren laki perempuan ni kenapa??!

*si anak hanya mampu diam dan ibubapanya mengambil tempat duduk didalam coach wanita tersebut.

Maka, yang ingin saya sampaikan disini adalah pendidikan awal.. sivik.. adab.. bermula daripada anak itu kecil.. anak perempuannya itu telah dididik di sekolah untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan.. tetapi bagaimana si anak ingin mengaplikasikan apa yang diajar jika yang menghalang anak tersebut adalah ibu dan ayah nya?

Masuk koc wanita adalah issue kecil sahaja.. tetapi masalah yang besar bermula dengan masalah yang kecil.. sepatutnya ibu dan ayahnya menjadi contoh yang baik kepada si anak.

Kerana.. saya pernah terbaca.. bahawa si anak akan lebih mencontohi perlakuan ibu dan bapanya berbanding mendengar apa yang dinasihati oleh ibu dan bapanya. 



Membentuk peribadi yang mulia dan unggul kepada si anak bermula daripada mereka kecil sehinggalah sekitar 11 tahun.. apabila mereka menginjak ke usia 12 tahun.. mereka akan lebih terjerumus dengan tindakan dan kelakuan rakan sebaya mereka.

Jika daripada kecil, mereka dibentuk dengan indah.. insyaAllah.. pengaruh rakan sebaya yang merisaukan sedikitpun tidak akan menggugat jati diri mereka yang telah lama kukuh diperkuatkan oleh ibubapa mereka sejak mereka kecil lagi.

Sebagai seorang jurulatih kem motivasi, ramai ibubapa yang hantar anak mereka yang berusia 13-17 tahun mempunyai harapan yang cukup besar.. dan rata-rata mahu anak mereka menjadi anak yang taat dan patuh.

Mustahil kem yang hanya memakan masa 7 hari mampu mengubah si anak dengan serta merta. Kami hanya mampu memberi kesedaran dan memberi dorongan kepada mereka untuk berubah. Dan apabila mereka pulang ke rumah.. ibubapa harus sambung perjuangan tersebut. Ibubapa harus sambung memberi dorongan dan galakan pada si anak.

Pernah salah seorang peserta mengadu pada saya.. katanya, dia mmg seorang yang sangat liat untuk solat.. dan pernah satu hari dia solat.. dan ibunya memerli dengan berkata :-

"kau dah nak mati ke tiba-tiba semayang ni?"

"kau ni hangat-hangat tahi ayam je.. hari ni solat… esok mesti tak.."

"tiba-tiba jadi baik ni kenapa? Dah buang tebiat?"

Astagfirullah al azim.. mengapa perlu kata begitu pada si anak yang mahu berusaha menjadi anak yang baik? Terus terbantut niat untuk berubah kerana malu diejek .

Sepatutnya kita memuji dan memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana membuka hati si anak yang dahulunya liat untuk solat kini rajin untuk solat.. 

Sama-samalah kita muhasabah diri dan merenung tanggungjawab kita sesama insan..

Jangan mencela.. jangan memerli.. jangan mengejek..

Sebaliknya, jadilah seorang pendorong.. dan mudah-mudahan diri kita juga terdorong untuk terus melakukan kebaikan dan berada diatas landasan yang lurus dan diredhai Allah.

insyaAllah.. wallahualam.. thanks for reading.
Post a Comment