nuff said

Thursday, 26 February 2015

Salah Siapa : Peniaga atau Pembeli?

Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaikum dan selamat pagi kesayangans semua~

sekejap je dah hari khamis.. esok dah jumaat, lepas tu weekend~

cepat sangat masa berlalu kan...

semalam terjumpa satu post ni... katanya "Peniaga Melayu be like"



& ramai yang mengutuk peniaga melayu tersebut..

well.. dalam kes ni sy lebih suka diam dulu.. chill dulu.. baru meluahkan pendapat saya..

masing-masing ada salah masing-masing..

mari kita bersangka baik dengan peniaga dahulu.

mungkin padanya leceh untuk mengembalikan baki kepada pelangan. bayangkan kalau 100 pelangannya beri bayaran yang lebih, berapa banyak perlu dia pulangkan dan letakkan dalam envelope. lebih-lebih lagi letak duit dalam envelope untuk di pos adalah bahaya dan tidak digalakan oleh prosedur pos malaysia/ courier company itu sendiri.. buatnya hilang? macam mana? dan bayangkan jika ada baki yang sen sen..? tidakkah itu leceh dan tambah kerja pula kepada si peniaga?

bagaimana pula dengan pembeli.. ?

mungkin dia memang takde maybank2u atau mana-mana online banking yang lain. & ini merupakan kali pertama dia membeli secara online, kerana itu dia tidak familiar dengan prosedur pembelian online, semoga dia jadikan ini satu pengajaran.

my 2cents

takde perkara yang tidak boleh diselesaikan selagi peraturan tersebut ditetapkan oleh manusia.

si peniaga seharusnya lebih mesra dan tidak mudah melatah. & pulangkan sahaja baki kepada pembeli tersebut dengan memberi nasihat agar perkara tersebut tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang. jadilah seorang peniaga yang ada toleransi agar pembeli tidak lari. prosedur hanyalah prosedur.. sedangkan undang-udang negara pun boleh ditambah tolak. 

bila kita menyenangkan urusan orang, InsyaAllah.. Allah akan mudahkan urusan kita... begitu juga sebaliknya..

& pembeli juga haruslah fikirkan keadaan si peniaga.. lebih-lebih lagi online shopping. kalau takde online banking, minta bantuan daripada kawan2 yang ada or tanya si peniaga alternative lain yang boleh dilakukan.. sesetengah peniaga mmg takkan bagi diskaun walaupun sepuluh sen lebih2 lagi dengan customer baru.. lainlah kalau kita dah kerap beli dekat dia,, semestinya dapatlah diskaun as regular customer ye dok..

saya sendiri merupakan seorang yang kerap membeli secara online. dan saya faham mmg rumit jika saya bayar lebih dan mengharapkan baki daripada peniaga tersebut. jadi, saya usaha lebih sikit dengan mendaftarkan online banking atau minta bantuan kawan yang ada online banking untuk membuat transaksi duit. kalau susah sangat tak perlu beli online, kita beli kat kedai je mudah.

apa-apa pun.. hal ini boleh diselesaikan.. jika masing-masing ada sikap tolak ansur.

& saya kira cukup baik si peniaga memberi kelonggaran bahawa baki itu akan ditolak daripada pembelian akan datang.

we can say NO. tapi pasti ada cara yang lebih berhemah dan pasti akan diterima oleh sesiapa pun.

kadang-kadang orang tak marah pun , cuma terkilan dengan "cara" penyampaian kita sahaja.

wassalam~



Post a Comment