nuff said

Monday, 9 March 2015

Majikan Tak Benarkan Solat - Salah Siapa?

Assalamualaikum dan selamat pagi semua~~

its monday~~ say no to monday blues~~

positive kan diri kita, mulakan hari dengan bismillah...

cuba tgk printscreen di bawah ni..



geram tak?

marah tak?

saya pun marah.. sbb kita berada di Malaysia... sebuah negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam dan islam merupakan agama persekutuan...

sepatutnya rakyat yang beragama islam perlu diberi kebebasan yang mutlak untuk melaksanakan tuntutan agama...

tetapi.. looking on the other side.. saya faham kenapa pihak tersebut melarang..

1. dia non-muslim, dia x faham dgn tuntutan solat kita yg berbeza dgn agamanya.

2. orang islam sendiri yang membawa mesej yang tidak tepat kepada mereka..

admit it.. kalau bukan diri sendiri.. kita mesti pernah nampak pekerja2 muslim yang lepak berbual didalam surau...

baring2 dulu.. guling2 dulu.. borak2 dulu.. main hp dulu.. baru lah solat..

solat yang hanya memakan masa at least 15minit jadi 30minit..

sebagai majikan yang perlu adil kepada semua pekerjanya yang beragama lain juga harus berlaku adil.. 

jika muslim diberi peluang memakan masa 30minit untuk "solat" , bagaimana pula dgn time off pekerja non muslim yang lain..

saya sendiri pernah berkerja di KLCC.. di sebuah kedai buku yang terkenal tu..

alhamdulillah.. takde masalah untuk saya menunaikan solat..

pandai2lah kita menggunakan masa yang diberi sebaik2nya.. janganlah kita mengelat dan menggunakan alasan solat sebagai alasan..

yang dapat nama buruk agama kita..

si majikan mati2 ingat solat 4 rakaat tu memakan masa sehingga 30 minit atau lebih sedangkan sebaliknya..

ada juga yang jenis tak solat...

so, kawan non muslim ni pelik and tanya pada muslim yang tak solat kenapa dia tak solat..

si muslim yg tak solat ni kata... dia akan ganti semua solat yang dia tinggal dirumah...

saya tak reka cerita.. ini cerita betul yang benar2 berlaku di tempat saya kerja..

sebab tu ada non muslim yg anggap tak perlu keluar solat on time coz we can ganti it at home...

salah siapa sebenarnya?

rerung2kan..

wassalam...
Post a Comment