nuff said

Thursday, 5 March 2015

Mengapa Mereka Lebih Baik Daripada Kita?

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi semua~

sekarang ni musim panas and hujan lebat tetiba yang tak menentu...

maka, ramai yg demam, batuk2 and selsema..

kesihatan itu satu nikmat, jadi apabila dah sakit... carilah penawar yang sebaik2nya...

ok... saya nak tanyalah kepada kawan2 semua..

majoriti yang singgah ke blog ni adalah orang melayu islam kan..

kita sedia maklum bahawa agama Islam ni adalah agama suci yang diturunkan oleh Allah SWT kepada kita.. Islam adalah cara hidup yang sempurna... sesiapa yg praktis apa yang terkandung didalam al-quran, insyaAllah selamat and bahagia sepanjang hayat...

tetapikan.. saya nak tanyalah.. apa masalah umat islam sekarang ni..? (termasuk diri sendiri)

kalau di Jepun, sesiapa yang pernah ke sana mesti setuju bahawa mereka sangat menepati masa..

kat sini kita meeting waktu genap such as pukul 2 tepat... pukul 3.30 petang... tapi itu pun pasti ada yang lambat 5-10 minit..

tetapi di Jepun, meeting mereka pada jam 2.17 petang atau 3.48 petang ..

pada mereka, setiap minit itu penting... setiap minit itu dikira...

lihat pula pada gambar rajah di bawah ni..



mengapa di kuil , adab mereka sangat tinggi.. sedangkan kita orang Islam juga dituntut untuk mempunyai akhlak dan adab yang baik..? 

lihat juga dinegara luar, boleh cari video2 di youtube.. di negara eropah..

dimana, setiap makhluk yang bernyawa itu berharga..

apabila ada anjing/kucing/itik melintas jalan... mereka memperlahankan kenderaan masing2 dan membantu haiwan tersebut melintas jalan... tak seperti majoriti rakyat di Malaysia... nampak anjing/kucing/itik/ayam nak melintas laju je kenderaan.. maka, banyaklah bangkai bergelimpangan di jalan raya..

what happened to us?

kita solat.
kita tutup aurat.
kita bersedekah.

tapi kenapa adab dan akhlak kita masih kebelakang?

why not kita mula dari sekarang... jadi yang terbaik.. beri contoh yang baik kepada ahli keluarga kita dan kawan2 kita...

susun kasut... buang sampah dalam tong sampah... beri laluan kepada makhluk lain ciptaan Allah.. tepati masa... 

di stesen LRT Ampang Park, ada satu tong sampah ditepi tangga.. dan tong sampah itu ada satu nota "Tolong Gunakan Saya" , ya Allah.. saya sedih.. even tong sampah pun mintak tolong gunakan dia...

mari muhasabah diri kita...

wassalam~
Post a Comment