nuff said

Monday, 14 September 2015

baby dah takde....

Assalamualaikum dan salam hari isnin..

Hari ini , izinkan saya meluahkan segala kesedihan , segala kedukaan yang saya tempuhi dek kehilangan kucing yang tercinta yang bernama "baby" .

Baby merupakan kucing terbiar yang diselamatkan oleh saya ketika dia masih kecil.

Saya membesarkan baby dengan botol susu kanak2 dan susu F&N , kerana itu sahaja yang saya mampu ketika itu kerana saya masih belajar dan tiada sumber kewangan yang tetap.

Sayalah "ibu" kepada baby.

Setiap pagi sebelum pergi kelas saya akan susukan dia..

Dan balik kelas juga saya akan susukan dia.

Apabila dia nampak saya memegang botol susu.. terkedek2 dia berlari laju menuju ke arah saya.

Apabila waktu tidur, dia akan tidur dileher saya atau dimana2 bahagian badan saya.

Kemana-mana saya pergi dia ikut.

Balik kampung pun dia ikut.

Baby kucing yang taat… kucing yang baik.. kucing yang tidak pernah mendatangkan masalah kepada saya.

10 tahun bersama baby… banyak pengalaman manis dikongsi bersama…

Gelaran baby yang diberikan padanya mmg tak salah… kerana apa sahaja yang baby buat..

Saya pejam sebelah mata… terlalu sayang sehingga tak sanggup nak marah dengan kenakalan dia.

Semenjak abah dimasukkan ke hospital pada 7 September 2015, Isnin.

Saya kurung baby dalam rumah.. selalunya baby bebas untuk keluar masuk rumah.

Tapi kerana orang takde dirumah.. pintu harus ditutup. 

Maka, saya kurung dia dalam rumah bersama2 kucing yang lain.

Baby dicemburui oleh kucing2 yang lain kerana baby merupakan queen of the house.

Saya mmg melayan baby seperti permaisuri.

Apabila tiba waktu makan.. hanya baby sahaja akan makan di ruang tamu manakala yang lain makan di dapur.

Setiap hari saya akan ke hospital sg buluh untuk melawat abah dan pulang ke rumah lewat malam kerana perjalanan daripada sg buluh ke semenyih memakan masa.

Pada pagi 12 September 2015, sabtu. Saya bersiap2 untuk ke hospital.

Apabila pintu rumah dibuka, baby meluru keluar .

Saya pun membiarkan sahaja. Kerana sudah lama dia tak keluar.

Jadi saya letak makanan dan minuman di luar untuk baby .
Pada malam saya pulang ke rumah.. saya Nampak baby terbaring didepan pintu pagar seperti biasa.

Baring menunggu saya pulang. Saya pun panggil2 nama dia.
Kali ini dia tidak menyahut.

Jantung saya berdegup kencang.

Saya menghampiri baby dan mimpi ngeri saya menjadi nyata.

Terdapat darah pada mulut baby dan saya percaya bahawa baby di langgar.

Saya mendukung dan mendakap dia masuk kerumah.

Saya menangis seperti orang hilang akal.

Saya peluk dia walaupun darah membasahi baju.

Penyesalan meraja jiwa kerana membiarkan dia keluar.

Saya meraung… saya menjerit…

Sedih sangat2… kecewa… terkilan…

Saya menangis sehingga tidak sedar bila saya tertidur..

Keesokannya saya melawat abah seperti biasa.

Saya diam.. kelihatan penat dan stress..

Abah tanya kenapa.. tapi saya tipu dan katakan tiada apa2..

Abah sayang baby.. abah selalu sebut2 tak sabar nak balik rumah nak jumpa kucing2 nya..

Kalau abah tahu.. abah pasti menangis.. abah pasti sedih..

Saya taknak menambahkan kesedihan abah..

Abah sedang menunggu tarikh untuk membuat pembedahan terbesar dalam hidupnya.

Tak tergamak saya untuk menceritakan kpd abah apa yg berlaku.

Walaupun lambat laun abah tetap kene tahu.

Saya dan kakak membuat kuputusan untuk hanya beritahu abah apabila abah selesai membuat pembedahan dengan jayanya.

Tanpa baby… mmg berbeza… sedih masih terasa..

Hanya masa mampu mengubat duka..

Baby… kak ain harap.. Allah beri peluang untuk kita bertemu semula disana..

Kak ain nak peluk baby.. kak ain nak cium baby..

10 tahun ini sangat singkat waktu kita bersama…

Baby jangan lupakan kak ain tau..

Kat sana baby tunggu kak ain tau..

I love you sayang…


Selamanya…


2005 - 2015









Post a Comment