nuff said

Wednesday, 17 August 2016

Abah tak sempat nak tengok anak dia kahwin

Bismillahirahmanirrahim... Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

sudah sekian lama tidak menulis... semenjak pemergian ayahanda ku yang tercinta 17 Oct 2015. Hilang sumber inspirasi ku.. hilang segala impian dan harapanku.. apabila seorang insan yang amat ku kasihi ,, yang amat aku sayangi pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya..

arwah abah banyak kali keluar masuk hospital.. dan beberapa kali juga doctor pernah kata bahawa hanya menunggu masa dan tiada peluang untuk sembuh semula.. tetapi kuasa Allah yang Maha Hebat.. abah masih bertahan.. masih bisa sembuh.. masih diberi kekuatan menjalani sisa-sisa baki kehidupannya... sebelum dia dijemput ajal..

aku teringat... seingat aku tahun 2013... abah baru keluar daripada hospital selepas menjalani pembedahan jantung.. abah pernah berdoa.. agar Allah jangan tarik nyawanya selagi anak dia belum berkahwin.. abah sangat teringin nak tgk anak dia kahwin...

sejak daripada hari itu.. aku nekad.. aku taknak bercinta main-main lagi.. taknak beri hati kepada sebarangan lelaki.. hanya lelaki yg benar-benar serius sahaja akan aku dekati.

akhir tahun 2014 aku kenal Amir.. seorang kenalan lama sejak bangku persekolahan.. tidak pernah aku dan dia berbicara.. tapi berhubung di alam maya.. kami berkawan.. dan mulai rapat.. dia nyatakan keinginan dia untuk serius dgn aku dihadapan mama.. mama tiada halangan.. tanggapan dan approval mama sama penting dengan tanggapan abah.. tapi aku harus dapatkan persetujuan abah sebelum aku mula serius dengan dia..

perjumpaan dia dan abah yang tanpa dirancang berjalan dengan lancar.. abah senang dengan dia.. abah suka dengan dia.. aku lihat dia bijak mengambil hati abah.. abah senyum.. abah ketawa.. aku jatuh hati pada amir sejurus dia membuat abah ketawa.. 

apa yang penting abah happy.. kebahagiaan abah adalah kebahagiaan aku.. jika abah suka.. aku pun akan suka.. kemudian aku tanya abah pendapat abah tentang amir jika aku meneruskan hubungan aku dengan dia.. abah setuju.. dan abah restu..

aku tetapkan 2 tahun kepada Amir untuk merealisasikan impian abah untuk melihat anaknya kahwin.. setahun untuk bertunang.. setahun untuk persediaan kahwin.. 

setelah bertemu dengan ibubapa amir, hubungan kami mendapat restu dan akan bertunang pada akhir tahun itu.. kerana abah masih ditahan di hospital.. jadi persiapan tunang mahu dilakukan selepas abah keluar hospital..



tanpa pengetahuan aku.. amir membawa ibubapanya melawat abah di Hospital Sg Buloh.. itulah pertemuan pertama dan terakhir mereka.. ibubapanya "merisik" aku.. dan abah memberi restu untuk meneruskan perancangan pertunangan dengan meminta mereka berurusan dengan mama (seolah-olah abah tahu yang dia akan dijemput pergi) .




apabila abah dibenarkan pulang ke rumah untuk berehat dirumah dan tunggu sehingga tarikh temujanji akan datang.. setiap saat aku dan kakak disisi abah.. setiap detik kami bersama-sama abah.. kemana-mana saja abah nak pergi kami bawa.. sehinggalah satu pagi tu.. abah kata abah takut nak operate saluran makan.. abah tak tahu kenapa kali ni abah gementar.. kami pujuk abah.. beri kata semangat kpd abah .. dan tak sangka itulah harinya abah dijemput pergi... pagi nya abah meluahkan ketakutan dia.. petangnya dia sudah tiada buat selama-lamanya..



aku terkilan... dah nak tiba dah masanya...

hanya 2 bulan je lagi untuk majlis pertunangan aku..

abah tak sempat tengok... hajat abah tak kesampaian untuk melihat anak dia kahwin..

tapi aku bersyukur...

abah sempat berjumpa bakal biras nya..

abah sempat berjumpa dengan bakal menantunya..

abah sempat tahu yang anak dia akan ada org jaga selepas pemergiaannya..

sekarang.. waktunya hampir tiba..

hanya beberapa minggu je lagi untuk ke majlis pernikahan ku..

aku yakin.. aku pasti.. pada hari tersebut aku akan rebah..

mengharapkan abah ada disisi untuk menyaksikan hari bahagia ini..

aku nak kahwin pun kerana abah... tp abah dah takde.. terasa dh takde motif untuk meneruskan..

tapi kakak memberi semangat.. kakak pujuk jiwa ku yg hancur...

mama masih ada.. bahagiakan mama dengan perkahwinan ini...

abah... adik rindu sangat kat abah... maafkan adik sebab selama ni menangguhkan perkara yg adik tahu abah nak adik segerakan.. adik sayang abah... adik janji akan cuba jadi isteri yang terbaik.. supaya abah dapat pahala.. supaya adik dapat jumpa abah kat sana nanti... adik janji adik cuba.. ya Allah.. sayangilah abahku.. kasihilah abahku sepertimana dia menyayangi dan mengasihiku ya Allah..


Post a Comment