nuff said

Saturday, 13 September 2014

2014 SUMMER CAMP - Kem Idaman Nurani

Assalamualaikum semua dan salam hari minggu..

kepada ibu bapa , abang2 , kakak2 yang ada adik2 or anak2 yang masih bersekolah, apa plan cuti mereka yang kalian rancangkan untuk mereka?

Takkan rehat and tidur sahaja dirumah?

Mesti ada yang mengambil kesempatan ini untuk balik ke kampung halaman tercinta, tetapi sampai bila?

ok..ok.. i cut it short.. seperti ada yg sedia maklum , saya merupakan seorang fasilitator di sebuah syarikat konsultansi di Ulu Langat, Selangor. Saya berkerja sebagai part time sahaja kerana segala aktiviti dilakukan pada hari minggu sahaja. Dan alhamdulillah saya sudah berkhidmat di sana selama 9 tahun.

Syarikat Konsultansi yang saya wakili ini ada menganjurkan SUMMER KEM untuk anak2 dan adik2 yang masih bersekolah sepanjang cuti sekolah nanti.

Pelbagai aktiviti yang menarik dan berMANFAAT untuk mereka. 

Diantaranya :-

Bengkel Motivasi - kami akan tingkatkan kenyakinan diri kepada mereka

Bengkel Smartsolat - kami akan dengari dan perbetulkan bacaan solat mereka dan mereka akan solat berjemaah untuk setiap waktu solat bersama-sama fasilitator dan peserta2 yang lain.

Kemahiran Belajar

Iktiar Hidup

Jungle Trekking

Mandi Sungai (strictly akan diawasi oleh kami, dan paras sungai yang dibenarkan untuk mereka mandi manda adalah paras lutut sahaja)

Backwood Cooking - peserta akan diberi peluang untuk memasak dalam kaedah yg asas dengan menggunakan kayu api

Santapan Rohani 

dan banyaaakkk lagi~

Kem ini diketuai oleh En Mahadzir B Othman, seorang kaunselor di SMK Bandar Rinching dan berpengalaman lebih daripada 20 tahun.

So, kalau nak info lebih boleh call no. yang tertera di image tersebut, atau boleh tanya saya direct.

adik saya yg deenee tu pun akan saya masuk kan ke Summer Kem ni, nak bagi jiwa dia kental sikit.. huhuhuh






Ok,, jom saya share sikit gambar daripada summer kem tahun lepas...






and,,, diantara satisfied customers .hihihihih






TQ for your time.... assalam...

Friday, 12 September 2014

Solat macam ayam patuk tanah

Assalamualaikum semua dan salam jumaat..



Jalan-jalan dalam few pages di facebook dan terjumpa kata-kata yg berada didalam gambar ini.. 

"Jangan solat dlm keadaan tergesa-gesa ketika berhadapan dengan DIA yang menguasai setiap urusan yang kita mahu segerakan"

Subhanallah.. MasyaAllah... terasa seperti satu tamparan dimuka sendiri.. bukan sekali je.. tapi tamparan yang berkali-kali.. 

saya yakin anda semua pun mesti ada pengalaman dimana apabila kita sudah lambat untuk mengerjakan urusan harian kita, maka kita pun solat dengan cepat dan ketika solat pula tidak kusyuk kerana memikirkan agenda yang mahu diselesaikan..

atau..

ketika kita sedang tergesa-gesa mahu menguruskan sesuatu urusan tiba-tiba kawan kita/anak kita/ kakak kita/ suami kita/ isteri kita kata nak solat dulu, and kita pun frust.. tadi nape tak solat awal2.. bentak di hati dan kita pun suruh dia solat cepat2..

betapa selfish nya diri ini kerana pernah menyuruh kawan solat cepat2 sbb taknak lambat tgk wayang. aku lupa.. aku alpa.. aku gila.. mungkin.. ketika itu..? 

&

pernah dah lambat nak pergi kerja, kemudian adik plak baru nak solat subuh... suruh dia solat cepat2 sbb nanti lambat nak pergi kerja., masyaAllah.. ampuni aku Ya Allah.

bagaimana aku tergamak menyuruh seorang hamba yang hina untuk solat laju2 dihadapan PENCIPTAnya yang MAHA AGUNG MAHA KAYA MAHA PENYAYANG MAHA BERKUASA yang mampu menarik balik segala rezeki dan nikmat yang bakal kami rasai dihari tersebut?

sedangkan segala urusan yang disusun hari itu adalah perancangan seorang hamba tetapi yang akan menentukan samada perancangan itu berjalan dengan lancar atau tidak adalah DIA YANG MAHA KUASA.

maka, solatlah dengan tenang walau kita lambat macam mana sekalipun.

baca dengan tertib, jangan baca mcm keretapi laju..
jangan solat laju2 dah serupa ayam patuk tanah..
kita bukan sahaja mahukan keselamatan didunia, tetapi juga diakhirat..


Tuesday, 9 September 2014

Food Review - Barn Thai Restaurant Plaza33 , PJ

Assalamualaikum semua dan selamat pagi~

agak lama x update blog and jenjalan ke blog kawan2..

kalau sehari tak sempat nak update, nak dapatkan semula momentum menghapdet teramat payah.

Ok.. hari ni saya nak berkongsi ceritera khamis yang lalu dimana bos saya belanja semua staff nya makan di sebuah salah satu restaurant miliknya yang terletak di Plaza 33, Petaling Jaya.

Nama restaurant tersebut adalah Barn Thai yang bermaksud House of Thai.

Actually nama penuh restaurant ini adalah Barn Thai Restaurant & Bar.

Tapi apabila kita tiba disana, seperti 2 kedai yg berbeza kerana bahagian restaurant dan bar terpisah.

dan restaurant tersebut menyajikan makanan yang halal..

overall, makanan dia mmg sedap yang amat .. dan saya bernasib teramat baik kerana duduk berdepan dgn bos, maka apabila pinggan saya kosong je, dia akan isi makanan.. adoyy kenyang ok..

berikut adalah diantara hidangan makanan yang kami makan dan juga permandangan di restaurant tersebut... enjoy~ heeee

Pintu Masuk Ke Restaurant Tersebut



Welcome~




Appetizer - Salad Ayam 
Diantara hidangan yang dijamukan kepada kami


Beginilah rupa restaurant nya

Tandas Wanita.. cantik kan~~~

Harga pula ok lah.. berpatutan.. takdelah mahal sangat.. lebih kurang harga kat TGIF, CHILLIS , SECRET RESEPI .. MADAM KWAN ^___^
so, sesiapa yang berminat untuk menjamu selera di sini, sila ke alamat berikut
PLAZA 33
Jalan Semangat, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor



Wednesday, 3 September 2014